Wednesday, October 14, 2009

Demokrasi Sebagai Alat Fikir

Aku agak terganggu apabila ada ahli-ahli di dalam gerakan haraki mengkritik sistem demokrasi kerana ianya bukan berlandaskan Islam. Kita boleh sahaja bercakap soal asal-usul dari mana demokrasi itu dan dibahagian mana yang tidak betul di dalam prinsip demokrasi itu. Tetapi jika ditanya apakah yang Islam mahu untuk individu dan masyarakat? Semuanya akan menjawap hanya memperhambakan kepada tuhan tidak kepada manusia,isme-isme dan sistem. Islam melepaskan pegangan individu itu terhadap penghambaan dan memerdekakan diri dan minda.Islam pada itu jelas dan amat memudahkan. Demokrasi suatu alat atau jalan untuk menuju matlamat tertinggi itu!Mungkin ia bukan satu-satunya jalan yang ada kini.Tetapi di sana kita tiada pilihan kerana Islam itu berdiri di atas titi-titi keadilan yang bawahnya adalah kezaliman. Bukalah ruang demokrasi agar mesej Islam itu sampai dengan cara yang paling baik untuk setiap manusia. Dan akan sampai masa manusia tetap akan memahami bahawa mereka tidak lain hanya seorang Hamba di muka bumi ini.

Tuesday, October 06, 2009

Masjid Cina

Aku pernah membaca sebuah buku keluaran PTS( aku lupa tajuknya) yang ditulis oleh muslimah tentang cabaran dan juga kehidupannya apabila memeluk Islam. Bertatih-tatih dalam membaca Al-Quran, bosan dan rasa terpinggir di dalam Usrah, berhadapan rakan-rakan muslimah di universiti, penentangan keluarga, urusan perkahwinan, kerjaya dan lain-lain.

Ini membuatkan aku terpikir betapa perlunya untuk didirikan masjid cina di Malaysia ini. Hanya mereka yang memahami masalah mereka. Malah mereka mungkin lebih berperihatinan daripada kita.

Islam itu mudah.