20/05/2008
23 Mei 2008,
12 tahun dahulu aku di ladang-ladang berbakti kpd tanah,bermain alur-alur air sambil menangguk ikan-ikan kecil.
5 tahun dahulu aku pernah tidur di taman-taman dan di stesen-stesen bas.
5 tahun kemudiannya aku minum capucino dengan mat saleh selepas meeting bagaimana untuk mengorek minyak rakyat dengan lebih cepat lagi.
kini aku kembali terpaksa membiasakan diri tidur di stesen-stesen bas.
disitu
aku kenal orang tak mengenal cita-cita,ali,
aku kenal gadis cina namanya lee,yg dulunya free thinker,
aku kenal anak muda yg ditanganya ada nota dan highlight menelaah nota pengurusan.....
aku kenal sepasang suami isteri muda yg mempunyai seorg anak yg hidup mereka susah.
masih banyak yang aku tidak nampak dan terfikir dalam hidup ini.mestikupun kawan-kawan rapat aku menegur aku ini terlalu perahsia.
umurku 23 tahun, aku harus berubah dan berhijrah.cukuplah zaman jahilliah.
aku tidak tahu di mana aku harus bermula kembali.kerana aku ingin menyerahkan sebahagian diriku ini kembali kepada masyarakat.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home