23/05/2008
Aku membuka pintu,pantas mencari sejadah sambil meneka-neka arah kiblat. perbuatan aku meyedarkan beberapa org yg sedang tidur,pantas mereka bangun,aku memohon maaf di atas tindakan aku. aku ditunjukkan oleh seorg pemuda yg agak berusia dari aku arah kiblat. aku solat tahajjud. mereka keluar, tak pasti mereka lakukan apa selepas itu.
azan solat berkumandang, pemuda yg tadinya menolong aku masuk kembali.aku memberikan isyarat supaya dia mengimami solat kerana aku lihat dia lebih berusia tetapi dia menolak aku. aku mengimami solat subuh itu dengan agak panjang dengan membaca beberapa helai lembaran ayat quran. usai solat aku memperkenalkan diri dan kami berbual sedikit mengenai arah tujuan masing-masing.
aku mengajaknya makan pagi di gerai berdekatan surau tersebut. aku melihat man,nama pemuda tersebut, agak berselera makan mungkin agak lapar.kami terus berbual ttg banyak perkara.
“abang kerja apa”, aku menganggu rentak man makan.
“tak kerja, ni nak balik kampung nak cari kerja, dah 2 bulan tak kerja, habis kontrak kat kilang, nak balik kampung nak cari kerja”, balasnya dlm loghat pekat utara.
“kamu kerja apa”, man bertanya
“ dulu kerja kl bang, tp skrg pun xkerja,tengah cari-cari kerja”, balas aku tanpa mahu menerangkan lebih lanjut.
“kerja apa” tanyanya kembali.
“erm,dlm minyak,hal-hal berkaitan dengan minyak”, aku malas menjawap.
“mengapa tak teruskan”,desak man lagi
“ntah la bang”,aku malas dan sentiasa malas menjawap soalan ini.
“abg nak cari kerja ni,boleh ko rekomenkan abg kat mana-mana tempat kerja minyak tu”,pintanya lagi.
“abg bagi no tel abg”,pinta aku.walaupun dia sendiri tau yang aku tidak punyai kerja.
aku sentiasa beringat dan sentiasa belajar,apabila ada org meminta pertolongan sedaya upaya untuk meringakan beban mereka.bukankah ini yg diajarkan oleh rasul.
sesungguhnya manusia seperti man adalah ujian untuk manusia-manusia lainnya yg mempunyai sedikit ehsan dan rahmat oleh Allah dalam bentuk rezeki. man dari keluarga yang miskin.kurang keyakinan diri dan motivasi dlm diri. byk lagi manusia-manusia seperti man ini.
1.dari keluarga yang miskin
2.kurang pendidikan
3.kurang pendedahan mengenai semasa
4.kurangnya dorongan dari luar dan dari dlm diri
semuanya bermula kerana kemiskinan.menyebabkab dia rendah diri, naif dan kurang motivasi.
berbahagialah untuk org2 yg diberikan nikmat dan org seperti man adalah ujian kpd manusia yg bernasib baik.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home