Di Celahan Puduraya
Bermusafir dengan orang tersayang biasanya membuatkan kita lebih memahami karektor seseorang itu. Betapa musafirnya Rasul SAW bersama dengan sahabat yang utama Abu Bakar As-sidiq telah menjadi suatu sejarah yang besar yang selalu dibual-bual dan diceramahka
KL
Pagi yang yang sepatutnya dingin tetapi dipanaskan oleh enjin-enjin karburator dan injection dan asap bas-bas ekspress,lori-lori dan juga teksi-teksi di Puduraya menghembus perlahan-lahan ke tubuh aku dan juga isteri tersayang.Bahangnya sesekali menyimbah ke muka. Kami mundar mandir di pinggiran Puduraya untuk mencari hotel bagi menghabiskan sisa-sisa pagi. Malangnya harga hotel semuanya tidak setimpal dengan beberapa jam yang bakal kami habiskan. Jadi kami mengambil keputusan untuk tidur sahaja di Puduraya.Aku sempat menghabiskan beberapa mukasurat Al-Quran dan juga berhelai-helai novel tulisan John Grisham sebelum tidur sejenak di ribaan isteri.Aku melihat tempat-tempat duduk menunggu bas diisi oleh manusia-manusia yang menjadikan Puduraya sebagai transit buat perjalanan hidup mereka( atau mereka memang tidak punyai rumah?). Kertas surat khabar dan juga majalah-majalah tebal dijadikan hamparan beradu walaupun dihiasi dengan wajah-wajah pemimpin hebat dan juga artis-artis Malaysia dan Hong Kong terkenal.
ChinaTown mulai sibuk dengan gerai-gerai yang baru dibuka, gerai yang buka seawal pagi menjual sarapan dan makanan, ada itik panggang yang berkilat yang laris dijual oleh pakcik tua, air soya yang pekat, ramai orang yang beratur untuk membeli itik panggang yang berkilat ini sekitar RM40 seekor.Air soya pula ramai yang membawa botol sendiri untuk diisi. Gerai-gerai barangan ciplak masih baru hendak dibuka. Ramai orang berkata bahawa ChinaTown bukanlah tempat yang selamat, peniaga-peniaganya tidak mesra pelanggan.Namun, harga hotel-hotel di ChinaTown agak murah berbanding di tempat lain, disamping disebelahnya terdapat rumah-ruamh urut yang ‘halal’. Jika siang harinya ingin dihabiskan untuk melawat dan bersiar-siar elok diambil hotel yang agak murah, tetapi jika tujuan adalah untuk bersantai-santai di hotel, elok jika diambil hotel yang agak mahal.
KL mulai sebuk, lorong dan ruang pejalan kaki mulai sebuk dengan gerai-gerai yang baru hendak dibuka, kaki-kaki manusia mulai melangkah untuk dihabiskan masanya pada cuti dihujung minggu. Pengemis-pengemis tua dan kurang upaya mula menadah mangkuk plastik. Aku dan Isteri menuju ke Gombak hasil daripada idea isteriku sewaktu makan pagi di kedai mamak untuk berseronok-seronok di Genting Highland.
Kedai Mamak,
Aku menjamah capati kuah dal cair,isteri pula roti canai kegemarannya.Air tehnya tidak berapa pekat,rungut isteriku.Aku selalu tertanya-tanya mengapa kedai mamak menjadi pilihan penduduk di Malaysia, dengan pilihan makanan yang tidak banyak dan semuanya berasaskan kari ia tetap penuh dikunjungi. Aku bukanlah peminat kedai mamak sangat tetapi sesekali aku melayan juga.
Sampai-sampai di stesen Putra Gombak hanya tiket bas 11.30 dan ke atas sahaja yang ada. Abang Teksi mula menawarkan perkhidmatan RM80 untuk satu teksi ke skyway.Mungkin ada konspirasi disini. Aku dan Isteri mengambil keputusan untuk menaiki teksi sahaja kerana masa tersangat rugi jika hanya dihabiskan untuk menunggu bas. Mujur 3 gadis genis dari UKM menumpang sama, jadi kos dibahagi-bahagikan. Perjalanan dihiburkan oleh ngomelan si abang pemandu. Hidupnya dihabiskan dikerusi pemandu, dari traler ke teksi sapu....
Kota Keriangan Genting Higland,
Tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Genting Highland.Sampai sekarang aku tidak mengetahui hukum berhibur di Genting Highland. Adakah haram, harus ataupun tidak.Tetapi aktiviti seperti space shoot,roller coaster, sungai rajang, kapal lanun,buaian sangat-sangat menakutkan buat aku yang agak gayat ini. Adrenalin terembes, mata aku sentiasa dan sengaja dipejamkan diriringin dengan pekikan akibat ketakutakan menaiki semua-semua di atas. Mujur ada bahu sang Isteri.Mungkin permainan-permainan seperti merry go around, cawam-cawan bergerak, bot-bot berlanggar lebih bersesuai dengan aku.
Tidak banyak makanan yang boleh dicuba di sini. Semuanya boleh didapati di dataran rata, Cuma harga di sini agak mahal. Aku ingin sekali merasai ubi manis (sweet potato), tapi isteriku sekali lagi bertindak bijak memujuk bahawa di Alor setar ubi manisnya lebih manis dan dijual dengan harga yang murah. Jadi kami memilih untuk makan di MaryBrown. Nasinya sedap tetapi potongan ayamnya agak kecil dan sedikit.Itulah harga di Genting Highland. Anak-anak kecil dari Padang, Indon di bawa guru mereka melancong ke Genting Highland, apakah jenis guru ini? Dari jauh mereka didatangkan tetapi dibawa ke Genting Highland, tidakkah mereka menonton naskah Laskar Pelangi?
KLCC.
Kami singgah di KLCC setelah pulang dari Kota Keriangan Genting Highland sebelum Maghrib. Isteri mahu menjamah pemandangan di KLCC park, aku pula mahu membeli naskah Like a Flowing River oleh Poela Coelho,penulis dari Brazil.Aku membaca separuh dari buku ini sewaktu bersantai-santai di KLCC tahun lepas.
ChinaTown agak hingar bingar di malam hari. Kami sampai di hotel sebelum Isyak, check-in,dan cukup gembira dengan layanan oleh pihak kaunter yang agak baik dan bersopan.
Puduraya
Kehidupan di sekitar Puduraya amat membingitkan.Dengan asap kenderaan, bunyi bising,longkang yang hanyir lagi meloyakan, sukar untuk aku gambarkan bahawa warga di situ hidup dengan perasaan bahagia. Separuh atau keseluruhan kehidupan pemandi teksi, bas, penjaja jalanan, buruh binaan,semuanya dihimpit oleh arus permodenan dan kemajuan. Tidakkah mereka tahu bahawa di luar sana terdapat pohon dan tanah yang indah permai.
Dari jauh aku merenung...melihat anak-anak kecil berlari-lari memanjat anak tangga sekolah di subuh hari untuk menuntut ilmu di tepi stesen Puduraya. Sesak lagi menyedihkan.

5 Comments:
salam shah
sudah kahwin ye? mabruk :)
semoga beroleh keberkatan hingga ke akhirat, amin
honeymoonnya di puduraya ke hehe
akak memang selalu pening kalau pergi puduraya tu
cukup la 7 tahun berulang alik ke situ sebab nak balik kampung
sekarang kerja di dungun rasa aman damai je
kelas pukul 8 pg, pukul 7.58 pun sempat lagi gerak dari rumah
sesekali turun kl, rasa sesak nafas huhu
salam
banyak ulang perkataan 'aku terfikir/berfikir'. i know you are a good thinker. think big!
your wife baca tak blog ni?
anyway, juz to inform you... i change my url oredi. da~~
wslm,
Kak Ida dah berpindah ke dungun ke?Bestnya makan kopok tiap-tiap hari,hehe..
Puduraya memang sesak, saya dah beberapa kali bermalam kat situ gak,hehe..
Dungun,UMT ke?
Akak bila lagi ni??hehe =P
Wslm azie,
Thanks to inform, Entri-entri lama simpan di mana, masih di blog lama?
Ko kira "fikir" aku? Aku tak perasan pun aku tulis "fikir" ulang-ulang,hehe..
My wife tak baca dan tak mengetahui pun. Ko jangan plak bagi tau dia,huhu..
okey dont worry, your secret save with me.
nanti ak kahwin jangan pula bagitahu suami ak yang ak ada blog XD
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home