Sunday, August 16, 2009

Nota Untuk Ukhti

Air mataku menitik lagi.

Duhai bakal isteriku yang akan aku kasihi untuk seluruh hidupku.
Terima kasih untuk buku itu(Surat Dari Garis Depan) dan juga nota yang dikau catatkan semasa usia remaja dikau. Ia mengingatkan pelbagai perkara semasa usia aku remaja juga.

Aku mahu dikau tahu, bahawa diri ini tidak sebaik mana. Aku sedang cuba mencari kekuatan supaya dalam diri ini terus tabah dan lurus pada jalan Islam yang kita cintai. Aku tahu diriku ini tidak engkau cintai lebih daripada dikau mencintai Islam itu sendiri. Aku sentiasa berdoa di saat sebelum kita dinikahi aku telah mengumpul segala kekuatan untuk memimpin baitul muslim seperti yang mana kekasih kita ( Rasul SAW) tunjukkan di dalam sirahnya.

Buat bakal Isteriku,
Aku memerlukan doa darimu. Aku hanya memerlukan doa darimu dan aku hanya memerlukan doa darimu.

Duhai bakal Isteriku,
Berdasarkan notamu.Terima kasih kerana engkau telah menjaga kehormatanmu untuk seseorang yang bakal menjadi suamimu. Tatkala diwaktu itu aku larut di dalam keindahan dunia.

Duhai bakal Isteriku,
Dikaulah puteri yang aku selalu doakan semenjak usia remajaku. Di saat setiap sujud terakhir di dalam solatku.

Ukhti,
Terima kasih untuk nota di saat dikau remaja itu. Aku hargai dan aku tangisi, kerna diri ini tidak sebaik yang engkau gambarkan.

Ukhti,
Aku hanya memerlukan doamu dan doamu.

1 Comments:

Blogger ida_zy said...

salam shah, selamat hari raya
lama jugak tak datang sini

can't help commenting on your very touching entry
insya Allah shah akan jadi suami yang baik
niat nak jadi baik, usaha nak jadi baik, Allah akan tolong

all the best :)

1:47 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home