Wednesday, September 16, 2009

Sumber Maklumat Terkini

Aku sangat jarang meng-update blog.Ini kerana aku hanya menggunakan computer pada waktu siang hari dan terlalu malas untuk on computer pada malam hari. Mungkin ini satu alasan bukan?

Aku juga baru mengetahui yang Prof. Ungku Aziz bersepupu dengan Syed Husin al-attas dan Syed Naquib al-attas.Internet begitu memudahkan. Tetapi siapa yang dapat memastikan bahawa semua maklumat ini betul?

Dan siapa pula dapat memastikan maklumat para blogger itu benar?Adakah sumber blogger ini berautoriti?

Hari Raya tinggal beberapa hari lagi, dan bulan ramadhan akan meninggalkan kita. Beberapa keistimewaan akan ditarik kembali, 11 bulan yang akan datang aktiviti duniawi begitu memenatkan.Ini bukan keluhan tetapi bayangan.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home