Monday, February 15, 2010

Dek Kerana Cuanca Yang Panas

Cuaca hari ini tersangat panas, panas dan kering.Entah kenapa cuaca sebegini.Acapkali aku ke sinki untuk mengelap tubuh badan dengan air,dan tidak sampai beberapa minit ia kering kembali.Dan apabila ia kering kembali aku ke sinki lagi untuk menyejukkan badan, aku mesti bergerak ke arah sinki untuk mendapatkan air,bukan air yang datang kepada aku.

Akhir zaman ini,peringatan mesti diulang-ulang. Peringatan itu umpama air yang menyejukkan badan, panas terik lagi kering itu adalah budaya dan persekitaran akhir zaman ini. Mudah sahaja peringatan itu tersejat dek kerana panas kemaksiatan di sekeliling.Peringatan itu tidak datang sendiri, kita mesti berusaha mencarinya.Dan tentulah sekali ingatan ini adalah untuk diri ini kerana badan aku yang panas.

1 Comments:

Blogger azie said...

salam

panas-air-peringatan

menarik!

suka cara shah menulis..

7:18 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home