Hanya Kerana Cinta
"Tidak letihkah abang?",soal isteri sambil menguis-nguis bantal sofa di kaki.
Aku keluar dari rumah diwaktu mentari mengacah-ngacah teriknya. Terasa kulit suam-suam antara dingin pagi dan terik mentari. Pulang dari tempat kerja pula sesudah kaki langit berwarna merah.Tatkala isteri bekerja malam pula maka dalam masa 24 jam hanya bertemu isteri selama 2 jam.
Lantas, dia bertanya lagi,butirannya seolah-olah peluru tajam yang tidak henti-henti hinggap ke hati,"Bagaimana kita ingin membina cinta dengan hanya 2 jam pertemuan?"
Bagaimana...aku termenung sendirian memandang ke sudut meja.Ku lihat semut sedang bekerja untuk permaisurinya yang tercinta, tiada henti dan terus mengorak langkah mencari rezeki,mungkin dalam sehari suntuk itu tiada makanan lagi yang dijumpainya,sehari suntuk berjalan mencari makanan.Aku pula dalam sehari, 2 jamnya dihabiskan hanya untuk memandu mencari makna rezeki.
Lantas aku memandang anak mata isteri.Aku menyapu angin malam perlahan-lahan dengan jawapan.
"Sayang,cinta abang untuk sayang tidak terbina oleh 2 jam itu. Tahukah sayang pada ketika abang memandu itu,abang sebenarnya membina cinta. Setiap detik waktu itu abang lakukan kerana sayang. Jadi cinta bukan dibina atas sebanyak mana pertemuan tetapi dibina dengan sebanyak mana keinginan". Ya, keinginan untuk menyintai dan dicintai.
Aku meletakkan tangan aku di atas umbut-umbut isteriku sambil membelai lembut.
"Tapi itu cinta untuk seorang isteri, tetapi bagaimanakah jika kita menyatakan bahawa kita cinta kepada pencipta kita dan kita hanya bermesra dengannya 5 kali sehari.?"Aku menduga.
"Betulkan niat.Lakukanlah segala-galanya kerana cinta kepada-Nya.Cinta suami-isteri,bekerja, berkawan,belajar semuanya dilakukan hanya untuk mendapatkan keredhaan-Nya".Ringkas dan tepat.
Lantas aku hadiahkan kucupan kasih di dahinya.
Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya.....(Bukhari dan Muslim)
Bintang sangat cemerlang di langit. Kerana cinta-Nya kita diampunkan.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home