07/11/2007
mengikuti bengkel di hujung minggu kadang-kadang seronok juga. minggu lepas kami dibentangkan dengan topik kesedaran spiritual di dlm kelas. Puas bermeditasi beberapa minit menyebut nama tuhan (yg aku kira terpengaruhi sedikit dgn ajaran tasauwuf dan aku tidak menyetujuinya kerana terdapat bukan islam di sana) kami di pecahkan kepada beberapa kumpulan membincangkan topik spiritual. salah satu cabangnya " membezakan yang mana baik dan yg mana yg buruk".
aku teringat mimpi sang khalifah ma'mum dgn seorg lelaki tua yg wajahnya putih bersih,anak matanya kebiruan.sang khalifah itu bertanya, apa yg dimaksudkan dengan perbuatan yg baik itu? Lelaki itu menjawap perkara yg dapat diterima akal. Sang khalifah bertanya kembali apa itu perbuatan yg baik. Lelaki tua itu menjawap perkara yg dapat diterima oleh agama. Sang khalifah itu bertanya kembali apa itu perkara yg baik.lelaki tua itu menjawap perkara yg kamu lakukan kepada seseorg kerana semata-mata org tersebut ingin pembalasan dari kamu.
Dari mimpi itulah munculnya pusat baitul hikmah, melahirkan cendiakawan-cendiakawan islam terbilang tidak kiralah di mazhab mana mereka berada.
Dan lelaki tua itu adalah sokrates.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home