Monday, June 09, 2008

08/06/2008

Lepak-lepak minum teh tarik dengan rakan-rakan yang semakin membuncitkan perut mereka pada kaca mata aku sambil berbual-bual mengenai harga minyak dan keadaan politik semasa.Sekali-sekala kawan-kawan aku memberi komentar mengenai ucapan DSAI yang baru sebentar mereka ikuti. Terus terang selepas umur aku 15 tahun aku tidak pernah menghadiri kempen-kempen atau pun pidato umum pemimpin parti pembangkang.

DSAI adalah option yang terbaik dan itu yang kita ada ketika ini, ringkas mereka. Aku amat bersetuju dengan mereka. Alah,walaupun aku tidaklah sangat memuja dan seorg peminat DSAI tetapi firasat aku jika diberi Pak Lah berkuasa maka makin teruklah Malaysia ini. Tengok sahajalah apabila Pak Lah menjawap soalan-soalan yang beliau tak sangka-sangka keluar, maka jawapan yang diberi sambil lewa,tak yakin,tanpa berfikir panjang, berleweh-leweh dan kadang-kadang tak masuk akal.adakah itu ciri pemimpin yang ideal dan karismatik?mungkin amy search ada jawapannya.

kita lihat lagi selepas Pak Lah menggantikan TM, apa yang beliau buat pada Malaysia, ada tak perkara yang beliau rancangkan dan umumkan meninggalkan IMPAK MAKSIMA?

  1. bermula dengan islam hadari yang sampai sekarang tiada apa perubahan dlm sistem pemerintahan dan sistem sosial sebelum dan selepas dilaksanakan.

  2. wilayah-wilayah koridor yang nampak kelakar dan kelam kabut.

  3. rasuah dibanteras, ketirisan dikurangkan. tetapi nampak tak apa-apa kesan dalam sistem kita?

  4. kononnya pertanian menjadi keutamaan beliau tetapi masalah bekalan makanan masih berlaku.oleh sebab penumpuan beliau yg tajam lagi gemilang yang kononnya ingin membantu masyarakat luar bandar membuatkan fokus industri-industri berat terganggu.lihat sahaja dalam pengumuman bajet tahun-tahun beliau tertidur. biotek konon.

  5. Indeks bursa saham dan tahap inflasi kita pada tahap yg membanggakan. memang membanggakan sampai boleh dibuat monumen sejarah.Impak kepada indeks bursa saham yg meningkat dan tahap inflasi yang rendah membuatkan kuasa beli kita semakin berkurangan, hebat bukan?

  6. kecuali sistem kehakiman yang boleh dipuji-eleh itupun sebab nak memburukan TM. aku memang berprasangka buruk tentang ini. ada udang kering disebalik maggi.

  7. budaya kejutan program-program realiti tv totok menjadi ikutan, pengumuman pilihanraya dan kenaikan minyak sbg contoh.

Negara yang sedang membangun perlukan VISION daripada pemimpin mereka, kita bukan seperti Negara-negara yang maju yang rakyatnya boleh berdikari sendiri, yg mana pemimpin mereka hanya membawa dan merubah polisi. Tun Razak mempunyai Visi, Tun Hussein Onn punya Visi, TM ada Visi. Apa pula ya Visi Pak Lah?

Rakan-rakan memberi gambaran selepas mereka mendengar sendiri ucapan DSAI mereka dapat merasainya kerana Visi beliau amat jelas.Jadi apa option yang terbaik setakat ini. DSAI mungkin jawapannya. sekurang-kurangnya buat masa ini.Kebebasan bersuara telah kedengaran disana-sini, bukan kerana ia dipupuk atas dasar kekuatan PM kita tetapi dipupuk oleh kerana kelemahan beliau sendiri.

Beranikah kita menerima perubahan politik. golongan muda remaja sudah bersedia, bagaimana yang tua-tua di sana?


2 Comments:

Blogger ida_zy said...

salam shah

lama akak x jenguk sini
banyak dah update rupanya :)
all the best

10:13 PM  
Blogger Masy said...

salam shah..

sian paklah, tidorLah..

9:22 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home