Solatku,Ibadahku,hidupku....
Pagi tadi aku membawa isteri sambil membantu sebagai pendaftar tak bertauliah untuk kerja amal yang dia lakukan di luar bandar( aku berharap kami dapat masuk ke kawasan yang lebih dalam suatu hari nanti).Semuanya selesai tengahari dan kami dijamu oleh orang kampung dengan masakan yang sangat enak, telur asin,ayam masak merah,ulam dan sambal belacan dengan nasi putih betul-betul menyelerakan.Kemudian kami menghadiri majlis kenduri kahwin seorang kenalan, kemudiannya singgah sebentar di rumah saudara mara. Sampai-sampai di rumah pantas solat asar kerana hari sudah hampir menjelang gelap dan kemudiannya badan agak "flat". Aku jenis yang tidak boleh tidur selepas asar,jika tidur maka bila bangunnya nanti kepala akan berpusing,loya-loya dan juga ketidaktahuan serta kecelaruan fikiran.Isteri mengejutkan aku untuk solat maghrib dan di dalam keadaan seperti itu maka solat yang dilangsaikan adalah secepat dan serobotiknya.Aku sudah tahu keadaaannya jika begitu, hasilnya akan jadi begini tapi masih aku lakukan begitu.
Kita bersolat hanya untuk melangsaikan hutang kita kepada Illahi,namun kita tak pernah bersedia dan ternanti-nanti akan solat. Selepas satu solat, kita tidak pernah bersedia dan segi fizikal,rohani dan ruh untuk solat seterusnya sedangkan itulah matlamat kita, menjadi hamba. Hamba yang Rabbani.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home