Monday, July 14, 2008

14/07/2008

kawan-kawan aku menganggap aku bodoh kerana meninggalkan oil & gas industry sebaliknya memilih semicon industry.mmg, aku akui dengan gaji yang aku dapat skrg mungkin 3 kali lebih kurang dari apa yg oil & gas tawarkan mungkin membuatkan aku sedikit ralat.memang gaji dan kudrat jika dikira tibal balik di dlm production adalah semacam tidak berbaloi.aku menolak upstream and downstream dlm bidang oil & gas dan utk menambah ralat lagi aku menolak tawaran syarikat yg membina platfom pelanta minyak(kerugian yg terasa amat kerana di situ minat aku,structure!!).setelah 3 minggu aku memikirkan, makanya aku pilih kerja ini, aku akui mungkin agak sedikit tertarik kerana 2 org mat saleh yg menemuduga aku sebulan yg lepas yg menempatkan aku di bhgn planning/project management. terus terang ya, aku tidak mengetahui sgt scope kerja aku.bilamana aku memutuskan untuk kerja ini,secara automatik aku tidak akan kemana-mana dalam masa setahun ni.dan aku harus bersikap realistik dan adil bahawa bidang ini bukan dimonopoli oleh org melayu.

mujahaddah hati

amat susah hati aku ingin memilih jalan ini. Terus terang aku masih(sampai skg) terasa menyesal,sedih dan berjuta-juta pengesalan.

perbandingan mungkin mudah sahaja kita buat : antara berjaya atau tidak manusia itu diukur dengan manusia yang lain. aku memilih untuk bekerja jauh dari kesibukan kota.berada di atas pulau yg membosankan dan dikelilingi manusia-manusia robot.aku sgt berdoa supaya sikap daya saing dlm diri aku tidak pudar akibat dari keadaan ini.hanya satu yg menjadi minat aku di sini,planning. Sebenarnya aku gagahkan hati ini juga untuk bekerja di bidang ini.

aku pernah dinasihatkan oleh seorg ekskutif supaya tidak terlalu aggresive and ambitious dlm mengejar cita-cita. Aku akui dahulu aku bersikap agak kapitalis dlm menilai dunia, aku melihat dunia dari kacamata kedudukan semata-mata. Itu sebablah aku suka berada dikedudukan yg tinggi. Aku rasa sgt nyaman apabila berada ditingkat 42th KLCC sambil memandang ke bwh, walaupun agak gayat tetapi puas.

Aku akui cita-cita dan matlamat hidup itu kadang2 berbeza, tetapi tidak semestinya tidak selari.aku memilih “di sini” agar harapan dan matlamat hidup aku tercapai. Persekitaran yg baik akan mendorong diri dan hati supaya ikut baik. Aku akui tidak mampu untuk berada “di sana” walaupun aku sgt berduka dan ralat untuk itu.

Menangis....masih byk lagi yg perlu aku tangisi selain dari ini.
Menyesal....terlampau banyak. Tetapi sikap positif itu aku kena tanam dalam hati.
Rehat.....sometimes manusia perlu duduk berehat dan berpikir-jauh terpinggir.

Pujuk kekasih hati aku “ ini lah mujahaddah hati”.wahai kekasih hati aku,itulah sebab sy memilih kamu kerana kamu tahu apa itu nikmat syurga tatkala manusia-manusia lainnya menyintai nikmat dunia.aku sanggup hidup susah hanya kerana kamu, aku tinggalkan dunia aku untuk memasuki dunia kamu. Dan aku sentiasa berdoa semoga kamu tidak menilai dunia dari kacamata seperti aku dahulu.kerana sifatmu itu aku menyintai hati kamu itu.

2 Comments:

Blogger Unknown said...

Money is not everything.

Personal satisfaction and living without weight on your conscience is also important!

10:31 PM  
Blogger Si Penanya (?) said...

wah! bidang apa tu? dulu study on apa?

6:47 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home