Tuesday, February 17, 2009

18/02/2009

3 Pemuda Umno, eh silap 2 dah tua, sorang sahaja pada aku masih muda. KJ jika body languange-nya tidak kelihatan angkuh dan samseng mungkin akan dipuja oleh para pemuda, dilihat lebih diplomasi, idea yang jelas tetapi kelihatan gopoh. Dari segi idea aku lebih menyukai KJ dari yang lain. Mukhriz harus bijak, jika tidak pun harus kelihatan lebih bijak kerana beliau mempunyai personaliti yang cukup disenangi di dalam kaca TV.Tetapi kebanyakkan jawapannya tidak matang dan tidak mewakili kaum pemuda. KJ lebih bijak membaca pikiran pemuda di Malaysia.

Dan satu yang aku tertarik mengenai persoalan PPSMI, jika matematik tidak di ajar dalam mana-mana bahasa maka sebenarnya "College Kids and Monkeys About Equal on Math". Dan mungkin juga jika maths diajar di dalam bahasa yang bukan bahasa ibunda, maka kita lebih pandai sedikit dari monyet !!! Secara nisbahnya begitulah.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home