Monday, February 09, 2009

10/02/2009



Majoriti 1600 bukanlah terlampau besar. PR mampu kalah dan juga mampu menang. Sama juga seperti pilihanraya di KT, PAS memang tahun 1999,kalah pada 2004 dengan calon yang sama, kemudian menang kembali 2008. Maknanya masyarakat umum belum lagi tegar untuk memilih satu parti politik untuk sepanjang hayatnya.

Orang suka bercakap di dalam politik itu persepsi amat penting.Aku pun kurang arif apa itu persepsi. Cuma kawan aku bercerita betapa biadapnya PR menderhaka kepada Sultan, dan beliau berhujah bahawa Sultan inilah benteng terakhir umat Melayu. Aku memang tidak suka membantah kata-kata orang meski aku kurang bersetuju. Cumanya untuk piliharaya kecil kali ini PR wajib membetulkan persepsi ini. Kawan aku ini mengundi pembangkang tahun lalu kerana memprotes BN. Walau politik idea itu baik, namun pada akhirnya umum akan melihat dan menilai apa yang ada di depan mata kasarnya.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home