28/01/2009
historikal-materialism
Semalam jalan ke selatan begitu sesak,bayangkan tol PLUS yang tiada bonggol-bonggol pun boleh jam. Mujur jalan ke utara begitu lancar. Aku singgah 2 kali di R&R, untuk solat dan solat lagi. Itulah susahnya jika bertolak dari rumah nak dekat-dekat asar. Sampai di R&R Sungai Perak, jam baru menunjukkan pukup 6.45pm, jika aku teruskan perjalanan mungkin sahaja aku tak sempat bersolat maghrib, jadi aku duduk-duduk sahaja di pankin depan Petronas, melihat kereta lalu lalang, ada yang mewah, separa mewah, yang sederhana, yang miskin, dan yang daif. Sempat juga aku menghabiskan separuh bab huraian asas teori konflik dari buku kecil ini.
Kaum pemodal begitu bijak, dahulunya hanya ada 2 jenis, tuan dan hmaba dan diikuti tuan tanah dan juga petani, maka petani itu ditindas. Kemudian industri mengambil alih, hanya ada 2 golongan juga pemodal dan juga buruh, maka buruh pun ditindas lagi sehingga kaum buruh di Eropah bangun dan terjadilah Revolusi Bolshevik 1917. Kapitalis jatuh, sosialis cuba dibangunkan. Kaum pemodal begitu bijak berselindung di era sosialis, dan apabila sosialis jatuh maka kaum pemodal baru menunjukkan taringnya. Era kapitalis lama sama sekali telah berubah, pemodal lebih bijak menawarkan cebisan saham-saham syarikat kepada kelas menengah, biasiswa diberikan, cukai dengan angka yang minima disogokkan kepada kerajaan. Maka telah terpecah 3, kaum pemodal, golongan pertengahan(pekerja mahir) dan juga buruh(mahir dan separa mahir). Maka sekali lagi golongan buruh ditindas, mereka cuba bangkit melalui kesatuan pekerjannya( yang bekerja swasta dan kerajaan), meminta gaji dinaikkan sebaik mungkin. Namun kata Marx, kaum buruh harus meruntuhkan kerajaan yang ada dahulu. Dan untuk di zaman ini, itu adalah mustahil, pandangan Marx lagi kaum buruh yang revolusioner harus ada pendidikan, dan ini adalah mustahil. Maka buruh-buruh ini hanya mengharapkan golongan pertengahan bercakap dan bertindak bagi pihak mereka. Dan golongan pertengahan ini lebih menjaga perut mereka.
siapa golongan pertengahan ini?
Anda semualah, yang mendapat kemudahan internet dengan mudah, berblog di cafe-cafe yang cool dan sebagainya. Kita tidak paham penderitaan golongan buruh ini sebenarnya.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home