Sunday, April 12, 2009

19/04/2009

Jerman pernah cuba mengamalkan dasar pembelajaran di dalam Bahasa Perancis dan Latin kerana diwaktu itu negara itu jauh ketinggalan di dalam sains dan teknologi berbanding negara-negara Eropah yang lain sehingga muncul Gottfried Wilhelm Liebniz( baca laibnits), cendekiawan yang menganjurkan supaya ilmu diajari di dalam bahasa ibunda,deutsch (baca dotch) bahasa jiwa bangsa itu. Hasilnya sampai sekarang Jerman tidak sudah-sudah melahirkan cendiakawan di dalam bidang sains, teknologi dan falsafah. (p/s: Dewan Bahasa keluaran terkini membincangkan pelbagai topik tentang bahasa )

Malah bahasa Inggeris memerlukan satu muka surat untuk menerangkan istilah sains dan teknologi sementelah Bahasa Jerman memerlukan hanya setengah mukasurat untuk menafsirkannya.
Mengejar sains dan teknologi negara-negara lain bukanlah satu cara yang baik, kerana kita akan sentiasa tertinggal. Dari dulu aku percaya begini. Hanya sebagai contoh,di universiti fakulti kejuruteraan hanya membincangkan topic engine combustion yang tersangat basic dan bila di pasaran pekerjaan di Malaysia penekaan terhadap penambahbaikan engine ini tersangatlah kurang. Lantas apa yang mahu dikejar. Banyak lagi contoh yang aku malas tulis di sini, akhirnya terhasillah rakyat yang hanya tahu menggunakan teknologi di Malaysia ini.Belajar Bahasa Inggeris bukan untuk berteori tetapi supaya mudah mendapat tempat di pasaran pekerjaan.

Bila bercakap tentang Bahasa Jerman ini, aku sudah menjadi bad boy di dalam kelas, dengan kerja sekolah yang tidak pernah siap begitu juga jika ditanya soalan, seringkali blurr, aku seringkali menjadi target men di dalam kelas.Manusia seringkali tidak bersyukur bila diberikan peluang kan?

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home