06/04/2009
Bahang Pilihanraya di 3 tempat semakin panas, kempen semakin rancak. Pada itu aku yakin, untuk setiap orang yang mengambil tahu dan peduli tentang politik tanpa manhaj yang betul tentu sahaja serabut dengan kacau bilau politik negara. Persepsi tentang gejala rasuah wang bagi pemilihan UMNO, krisis politik di Perak, salahguna kuasa oleh pemimpin PKR, perbezaan pendapat (jika tidak percakaran) oleh pemimpin tertinggi PAS. Bagi rakyat yang tidak jelas manhajnya mungkin sahaja terjebak di dalam persepsi-persepsi yang sengaja atau tidak yang dicipta.
Walaubagaimanapun, buat pencinta Islam dan amalnya perlulah ada sifat tamayuz dengan orang lain. Tamayyuz yang berasaskan Al-Quran dan Sunnah perlu ada dijiwa pencinta Islam. Di saat kita mula berkempen dan menyorak akhlak perlulah dijaga. Pencipta Islam harus nampak ini salah satu jalan untuk kita bentangkan Islam itu. Di dalam hal ini tuntutan kepada PAS itu kelihatan berlainan daripada parti-parti politik yang lain harus jelas. PAS tidaklah perlu terikut-ikut dengan rentak PKR dan juga DAP, matlamat kita memang sama, tetapi PAS jauh melangkau batas politik. Biarlah PAS menjadi elemen emosi, rintihan bagi rakyat.
1.Biarlah rakyat merasa dekat dengan petugas/PAS.
2.Biarlah rakyat yakin bahawa jika pilihanraya berakhir dengan kemenangan atau kekalahan PR, ukhwah sesama Islam dan kemanusiaan petugas/PAS itu tetap mekar walau berjarak beribu batu pun.
3. Biarlah rakyat terkesan dengan Islam, kerana matlamat petugas/PAS adalah Islam.
4. Biarlah rakyat mengetahui bahawa Islam itu bermaksud peduli dan kasih kepada manusia yang lainnya.
Dikesempatan ini jugalah PAS perlu merangka,mengkaji satu konsep dan resepi di dalam perjuangannya.Semua ini perlu kepada suatu bentuk tajdid atau pembaharuan dalam pendekatan.Dikesempatan ini juga PAS perlu menerangkan fikrah yang jelas, diakui bahawa tempoh sesingkat kempen ini penerangan fikrah dan pemantapan fikrah tidak dapat dilakukan secara bersepadu, namun sekurang-kurangnya ini adalah sebagai titik permulaan.
PAS juga harus mendidik rakyat supaya berfikir secara matang, menolak politik persepsi kerana ia membuatkan rakyat tidak bijak dan mudah diperkotak-katikkan.
Dan akhirnya akhlak adalah tetap menjadi buah kepada Iman.
Janganlah hendaknya petugas/PAS membiarkan pencinta Islam yang lain mencuci kekotoran disepanjang jalan Islam yang dilakukan oleh petugas/PAS, memang susah hendak dijaga di dalam gelombong politik kotor oleh sesetengah pihak tetapi sekurang-kurangnya perkara tersebut diminimumkan.
*definasi tajdid oleh sheik yusof al-qardawi “ialah memperbaharui agama dan mengubahnya agar sesuai dengan zaman”.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home