Wednesday, April 01, 2009

02/04/2009

Being right is not enough. Know what you are talking about is not enough.You also must know how to communicate your thought.

Sebenarnya aku agak cemburu (jika tidak pun terganggu) dengan seorang rakan aku yang bercakap dengan aweknya setiap masa di dalam telefon setiap hari. Aku sering tertanya-tanya apa yang dia bualkan.

1. Makanan yang sama setiap hari.
2. Kerja yang sama setiap hari.
3. Kehidupan yang sama setiap hari.

Aku mempunyai masalah, begitu juga dengan tunang aku. Sekarang ini jika bercakap di dalam telefon kami mempunyai masalah - takut pasangan menjadi bosan.

Jujurnya, kami bercakap bukanlah seperti pasangan yang lain, bercerita tentang cinta, bermadu di bawah bulan purnama dan sebagainya. Tetapi kami bercerita tentang tugas masing-masing, keluarga dan lain-lain.

"Mengapa awak seperti control cara awak bercakap sekarang", tanya dia sebentar tadi.

Aku tidak punya jawapan.

Saya seperti ingin bercerita banyak perkara dengan awak tetapi tidak terkeluar. Smsnya selepas itu.

Masalah komunikasi sering melanda banyak pasangan. Jika sudah berkahwin komunikasi yang dingin sering sahaja dikaitkan dengan penurunan nilai cinta pasangan masing. Tidak, ini tidak benar. Fokus masalah utamanya adalah tentang komunikasi bukannya tentang nilai cinta.

Jadi aku bertanya kepada rakan aku itu, apa rahsia dia boleh berbual lama di dalam telefon.

Ini jawapannya.

Kawan, pengalaman untuk setiap hari adalah berbeza, perasaan setiap saat juga berbeza. Manusia sering bercerita tentang peristiwa. Tetapi peristiwa yang di dalamnya tanpa diiringi dengan perasaan adalah peristiwa yang tandus, seperti minda yang ketandusan idea. Maka ceritakanlah pengalaman itu diiringi dengan perasaan.

1 Comments:

Blogger ida_zy said...

salam shah

hari ni Allah gerakkan hati akak
menjenguk2 blog shah setelah sekian lama
patut la tergerak hati
rupanya nak dapat tahu shah dah bertunang :D
mabruk! mabruk!
moga beroleh keberkatan

5:06 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home