Thursday, August 31, 2006

31/08/2006

wahai rupawan...
ini adalah tanah dimana selutnya melekat dikakiku
rintik hujannya membasahi embunku...
panas khatulistiwanya menghitamkan kulitku


sudah tentu kau tahu wahai rupawanku
betapa cantiknya bumiku
kerna bunga yg ku berikan kpd mu itu
adalah dihamparkan oleh bumiku...
dan sudah tentu kau tahu
betapa sejuknya angin dibumiku
kerna wanginmu itu mawar dr bumiku...


oh wahai rupawan...
aku ini anak miskin
makananku hanya simpati dari tanahku
jika kau mencintai aku
maka seribu kali aku mencintai tanah airku
jika sayangmu itu memeluk tubuhku
maka seribu kali aku sanggup mencalarkan
tubuhku ini utk tanah yg kucintai ini


aku tak peduli
mimpiku hanya satu
khayalku hanya satu
lahirku hanya satu
citaku hanya satu
membuatkan cintamu itu mekar dibumiku...

selamat hari merdeka!!!!



note shah:
tadi sambutan merdeka di kolej aku,ada soalan-soalan cepu mas dan diantara soalan-soalan itu ialah siapakah penerima Anugerah Sasterawan Negara yang pertama. Aku kira diwaktu hanya aku yang tahu jawapan itu (puji diri sendiri ni,hehe) tapi oleh kerana tak suka untuk mencapap jadi aku hanya menyuruh poje untuk menjawap "Keris Mas". tapi pada akhirnya diri aku seperti tercapap jua kerana sewaktu bendera-bendera berkibaran sewaktu tepat jam 12 di hadapan hanya aku sahaja yg memegang bendera "mechapro" dan hanya aku shj yg memakai pakaian yg berlainan dr org lain.tambah memalukan aku berdiri betul2 di depan rektor.nasib baik tiada org yg halau~