03/01/2007
BaCaaN UnTuk LELaKI ShJ (jika ingin menjadi hero...)
Katakanlah ada di dalam sekelompok kumpulan lelaki, sudah tentulah kadang-kadang muncul keinginan untuk menjadi hero di kalangan tersebut. Bagi sesetengah lelaki mereka akan mencari ahli yang paling lemah sekali untuk menunjukkan betapa keLAKIan mereka itu berada ditahap maksimum, bertambah-tambah lagi jika di hadapan perempuan ronggeng yg cantik menggiurkan (bitch kata orang putih). Anda seorg lelaki dan naluri untuk menang itu perlu ada tetapi bukanlah dengan cara begitu. Untuk lebih jelas lagi anda boleh menonton filem buli. Mereka hanya membuli kerana cuba untuk melindungi kelemahan diri sendiri. Mereka sudah tentu ada kelemahan tetapi bijak bersembunyi di sebalik kelemahan org lain.
Why not daripada menjadi seorg provokatif bertukar menjadi seorg supporter yg baik untuk dikalangan rakan anda itu. Bagaimana? Cuba menjadi seorg yg memberi dorongan kpd rakan anda yg paling lemah sekali(lemah: gagal mencari kekuatan diri yg tersembunyi). Sudah tentu kadang-kadang anda akan ketawa melihat kelemahan atau kelakuan rakan anda yang barang kali memang pelik dan hodoh itu(anda perlu ketawa!!). Tetapi kemudiannya cuba yakinkannya kembali dengan memberikan dorongan kepadanya. Setelah beliau berjaya lakukan perkara yg beliau rasa mustahil pada mulanya, tepuk belakang beliau dan hamburkan kata2 se-ikhlas yg mungkin"see, mudahkan, aku yakin kau boleh buat sebenarnya". Dan jika anda inginkan minuman free boleh di sambungkan ayat tersebut "so ko kena la belanja aku camne".Jgn terkejut rakan anda itu tanpa teragak-ragak bersedia untuk membelanja anda. Dan sekarang anda sudah menambah seorg lagi pengikut (kerana anda seorg hero) dan bukan lagi menambah seorg musuh. Rakan anda itu akan lebih menghormati anda. Di samping itu anda juga sebenarnya menambahkan keyakinan diri sendiri.
Dan apabila muncul istilah kiasu(sebenarnya sudah lama sejak zaman zaaba lagi cuma skrg di popularkan kembali), Pak Ungku memandang lebih jauh lagi bila membincangkan persoalan Bangsa Melayu, malah beliau sanggup memberi contoh kiasu yang terbaik adalah yg lebih bersifat opportunist. US bom negara org, habis hancur. Begitulah contoh yg diberikan. Tiada win win situation di situ.
Maka terpulanglah kepada tahap keLAKIan anda(ingat untuk org lelaki shj!!!), yang manakah anda ingin pilih??
9 Comments:
errr baru nak komen tp tgk utk lelaki je, terus kenselll hehe
This comment has been removed by a blog administrator.
This comment has been removed by a blog administrator.
THE MAIN IDEA ko ni apa ek?
cer ulang sekali dengan ayat yang ringkas pendek dan agak mudah difahami.
percaya atau tidak, lelaki lembut sebenarnya lebih berani dari lelaki betul-betul, hehe
buktinya, kita perhatikan polarisasi penyertaan di universiti, macam debat dan teater
jadinya, tahap keberanian mereka untuk berhadapan dengan audiens lebih tegap dari lelaki lain yang asyik merempit
dan kalau yang masuk debat, sudah tentu banyak ilmu terutamanya fakta yang memungkinkan mereka sebenarnya lebih peka dari lelaki biasa yang lain, bahkan tidak keterlaluan mungkin kalau duduk bersembang, mereka bakal mengutarakan idea mengenai aspirasi bangsa
ini pandangan aku setakat ini, tetapi aku BUKAN lelaki lembut
kiasu adalah hak jepun, kalau kita dan mengacuankannya ke dalam bangsa melayu, selagi melayu lain merempit, selagi melayu lain merasuah, selagi melayu lain asyik menjadi pengguna
retorik sajalah
k.masy,
baca betul2:bacaan utk lelaki,komen utk sesiapa shj.hehe
eika,
sorry quite busy this week, byk program n study.
elhakim,
ko kan sku menda2 yg sukar difahami ni,hehe
zamir,
patutlah ramai pengarang gosip dan majalah hiburan lelaki yg lembut eh??=P
kiasu, istilah yg dipelopori cina di singapura slps berpisah dgn tanah melayu.
eh eh..kalau tak baca entry tu camne nak komen isi kandungan nya eh??Salam n selamat tahun baru Shah, hope this newyear brings u happiness dan diberkati Allah.
aku perempuan...hehe
noushy,
tapi noushy baca gak kan??kan??hehe..
happy new year too. keberkatan itulah kita hendak cari...tapi di manakah ia??apakah tandanya??
clinaku,
perempuan dikecualikan...tetapi bukankah skrg perempuan sebuk inginkan hak2 sama taraf sprt lelaki??
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home