Wednesday, November 15, 2006

15/11/2006

Diriku berbudaya...?
Benarnya aku tidak mahu melangkau jauh makna berbudaya. Menyentuh soal prinsip keadilan dan nilai-nilai moral bagi mengukuhkan makna berbudaya itu pada aku tidaklah tepat. Mungkin makna budaya bagi aku ruangannya agak mengecil.

Memahami rencam berbudaya di arus globalisasi ini mungkin memberi sedikit kelainan. Peranan bahasa juga pada aku adalah salah satu daripada elemen berbudaya. Bahasa jiwa bangsa, walaupon naratifnya nampak ringkas tetapi bahasalah yg sebenarnya menyemarakkan elemen berbudaya. Para pejuang kemerdekaan menyedari betapa besarnya peranan bahasa dalam pembinaan jati diri dan jiwa rakyat bagi negara selepas merdeka. Aku tidak mahu berpolemik utk mengatakan sebuah negara yg merdeka harus bebas sepenuhnya drpd semua segi penjajahan termasuk drpd unsur bahasa. Tetapi untuk pembinaan jati diri barangkali kita akan melihat kepada penggunaan bahasa sesuatu bangsa tersebut. Lantas inilah dikatakan bangsa yg berbudaya tersebut!!! Maka bahasa sebenarnya jauh merentasi elemen budaya itu.

Dr. Abdullah hassan menyungkapkan betapa perasaan 'sombong' terhadap bahasa sendiri itu telah hilang drpd masyarakat. Jatidiri ini telah hilang, maka mana mungkin kita akan mengatakan ini masyarakat berbudaya kerana jati dirinya telah hilang.

Jika menyentuh soal keadilan yg dikatakan lebih besar drpd soal bahasa itu sendiri (walaupun aku mempercayai keaadilan ini bersifat subjektif), adakah kita mengadili bahasa ini dengan lebih adil? Kerana dengan menukar sistem "berbahasa" kita, kita sebenarnya tidak berlaku adil terhadap Penyata Razak(PR). PR ini adalah asas kepada Akta Pelajaran 1961. maka soal bahasa (dalam konteks negara kita) adalah melangkaui sempadan keadilan itu sendiri.

Sebelum merdeka,bahasa menjadi ruang medium atau alat untk menentang kuasa barat. Sukarno juga menggunakan bahasa sebagai salah satu alat utama utk menyatupadukan rakyat indonesia bg menentang Belanda. Dan jgn terkejut jika soal bahasa ini juga menjadi 'alat jahat' bg sesetengah politician utk kepentingan politiknya. Ini kerana ramai yg beranggapan bahasa ini adalah salah satu ciri tamadun sesuatu bangsa. Maka tamadun(budaya) sesuatu bangsa itu dilihat lebih kuat jika bahasanya berjaya menjajah bahasa lain, linguistic imperialisme(walaupun ia dilihat seperti tidak adil bukan)

Mungkin kita boleh mengibaratkan seperti kuih karipap, intinya adalah budaya, manakala kulitnya adalah bahasa. Mungkin jika intinya (budaya) tidak sesedap mana,maka kulit (bahasa) tidak akan dipandang mana. Aku sesekali tidak bermaksud utk mengecilkan soal berbudaya, tetapi tanpa kulit(bahasa) maka terburailah segala intinya (budaya). Mungkin sahaja org mempertahankan persoalan bahasa ini lebih drpd budaya(merentasi budaya) ini boleh digelar sebagai paradoks of globalization kerana tidak menerima arus globalisi tetapi sebenarnya pada aku golongan yg lebih terbuka itulah sebenarnya lebih paradoks kerana tidak menerima bahasa itu adalah salah satu elemen rencam berbudaya. Di mana keadilan jika meletakkan bahasa di luar ruang lingkup arus globalisasi?

p/s: di atas hanyalah isi hati aku yg diluahkan dlm bentu tulisan. aku sendiri sebenarnya hilang identiti kerana lihat shj di posting2 yg lepas, penuh caca-merba bahasa, melayunya penuh salah tatabahasa, inggerisnya pula grammernya bersalut melayu.