Wednesday, March 14, 2007

14/03/2007

Siapa yang Pak Hangguk?

Hari ini sudah 2 kali aku mengunjungi pejabat unit kediaman kolej bagi meminta penjelasan mengenai masalah ketiadaan air daripada pihak pengetua. Apa yang pasti ini aku kira agak kronik diikuti dengan cuaca yang amat terik sekali. Kepastian yang memang masalah air ini berpunca daripada empangan air yang memang cetek itu sudah pasti(masalah saluran tersumbat pasir) cuma aku ingin mendapatkan penjelasan mengenai bila bekalan air ini akan pulih dan juga meminta kebenaran supaya pihak Universiti unlock kembali pili bomba bagi memudahkan pelajar untuk menggunakan air. Bayangkan dengan kemudahan 4 tangki statik yang kecil tetapi ingin digunakan oleh sebuah kolej kediaman, logikkah??

aku : bagaimana?
staff: guna shj,tak boleh buat apa2.
aku :Bagaimana jika bekalan habis
staff: ada no. pengetua, no. timbalan pendaftar?
aku : ada
staff: bagitau mereka, ckp bekalan sudah habis
aku :bagaimana jika buka pili bomba
staff: itu kena berurusan dgn pihak PPH
aku (dlm hati) : sudah tentu kalo aku jumpa pihak PPH mereka juga kata bukan bdg kuasa mereka.Jumpa HEP.
aku: ramai pelajar, silap2 dr kolej kediaman lain juga menumpang mandi. mesti crowded.
staff: itu pandai2 awak la,xkan sy nak ajar kot caranya.
aku: sy dtg sini utk mendapat jalan penyelesaian, bagaimana kita boleh mengatasi masalah ini encik(keras aku sedikit)
staff: maaflah kita tak boleh buat apa, namun macam tu lah. jika tak ada air, bagitau pengetua. Air tu kita beli tu.


(pkl 6 ptg aku menghantar sms kpd tuan pengetua menyatakan bahawa bekalan air di tangki statik sudah habis. dan amat malang pengetua menyatakan bahawa pihak Jabatan pengairan tak dpt dtg utk menghantar bekalan air)

Aku sudah muak mendengar pertanyaan dari freshy " bang bila bekalan nak ada balik", aku hanya sambut dengan senyuman. Ingin sahaja aku membalas tanya shj lah pada MPP yg kamu pilih itu. Menisfesto penuh berbunga-bunga dan berenda-renda, bila ditanya mengenai masalah ini dan itu, mudah shj menjawap nanti aku ajukan kepada pihak atasan. Mahu shj aku jawap "aku bukan mahukan penjelasan, aku mahukan penyelesaian, setakat sebuah pertanyaan aku sendiri boleh ajukan". Puas aku berkempen secara senyap supaya nama sekian-sekian tidak diundi semasa pilihanraya yg lepas tetapi kamu undi juga. Tanyalah kepada sesiapa yg penah berpesatuan dengan YDP ini dan bagaimana prestasinya dlm kerja. Dan terus terang aku katakan sepanjang 3 tahun aku di alam campus dan setahun di alam matrikulasi inilah YDP yang paling teruk yg pernah aku lihat.Teringat kata2 pengetua kolej di salah sebuah kolej kediaman UTM bahawa badan Jawantakuasa Pelajar bukan badan pendesak tetapi badan yang membantu unit kolej kediaman. Tetapi siapakah yg badan yg sepatutnya mendesak, harapkan badan Pak Hangguk?

Aku melapangkan masa menonton perdebatan akhir utk merebut piala pusingan NC, pada peringkat awalnya aku tidak berkesempatan utk menontonya pada minggu lepas. Aku juga terlepas utk menghadiri ceramah oleh al-Fadhil Dr Muhammad Uthman el-Muhammady pada minggu lepas. Aku biasanya menghadiri majlis2 begitu dan mengambil tempat duduk agak trsorok dan terkebelakang, kerana aku suka begitu sambil melihat gelagat manusia. Aku kira tajuk debat akhir agak kurang umppp utk level peringkat akhir. Tetapi byk juga isi2 yg baik. Cuma kurang kata2 yg bersifat jargon dan flamboyan. Pengucapan yg retorik itu kurang(namun aku tidak kata aku bagus,aku hanya reti megkritik,hehe=P). Ambil shj contoh pengucapan umum atau pidato Sukarno, atau lihat shj ucapan-ucapan Anwar Ibrahim. Penuh dgn kata-kata retorik.


Bacaan lanjut boleh lihat majalah Dewan Bahasa edisi Januari. Khas membincangkan kata2/ucapan retorik.

shah,
09/03/2007

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home