Wednesday, February 21, 2007

21/02/2007

Aku bersama-sama Pengerusi Jawatankuasa Pelajar dan beberapa orang freshy membersihkan stor penyimpanan barang masjid. Ada cakap-cakap yang tempias di telinga aku bahawa betapa malunya mereka kepada bukan Islam kerana stor itu seperti tidak di cuci selama 10 tahun. Aku ingin katakan kepada mereka "mari aku bawa kalian ke asrama sebuah gereja dan tengok betapa lagi usang lagi bersawangnya tempat itu"- Bingkisan sekitar khidmat Siswa minggu lepas


Aku agak tersinggung terhadap golongan islam yg agak pesimis tentang Islam itu sendiri. Menganggap Islam itu syumul dan juga lengkap tetapi mereka lupa bahawa manusia itulah tenaga penggeraknya. Mereka mengatakan bahawa Islam itu perlu bersih dan amat memalukan jika tempat ibadah manusia Islam ini kotor tetapi pada aku malu itu bukan seharusnya diletakkan pada tempat (Masjid) tetapi kepada manusia itu sendiri. Naluri kebersihan sememangnya telah ada di dalam sanubari manusia. Dan lebih malang jika malu itu bersifat statik tidak bergerak ke ruang lingkup yang lebih luas lagi. Malu dilemparkan kepada objek statik, objek yang bergerak dan mempunyai nilai teras terus dibiarkan malu tak bertempat. Umat islam terlalu dimomokkan dgn "what others will think".

Aku harus puji sikap Ravi (bukan nama sebenar) walaupun bukan beragama Islam tetapi sanggup mengecat syiling masjid,membersihkan sawang dan bersama-sama membersihkan perkuburan Islam. Ah Chong pula sebuk mengecat kolah yang telah berlumut.Dia sebelum itu bertanya sama ada orang bukan Islam dibenarkan berada di didalam masjid, dan jawapannya mestilah, mengapa tidak!! Sedangkan bongkah-bongkah batu, besi keluli yang menegakkan masjid itu diperolehi dari bukan beragama Islam, mengapa pula mereka tidak dibenarkan berada di dalam rumah suci umat Islam. Tetapi adab perlulah dijaga. Di dalam pada itu wanita-wanita yang kedatangan haid tidak dibenarkan untuk bekerja di dalam masjid dan oleh kerana itu mereka-mereka ini bekerja di perkarangan perkuburan dan juga di dapur atas alasan mereka ini kotor. Aku menentang yang ini, walau bagaimanapun aku seorg yg meraikan kepelbagian pendapat. Tetapi apa salahnya wanita yang datang haid berada di masjid. Lihat fatwa terbaru.


Baring-Baring
Aku, ravi dan beberapa rakan senior selepas gotong-royong dan makan tengahari berbaring-baring di dalam masjid sementara menunggu azan zohor dan aku kira inilah kali pertama ravi berbuat begitu.Walaupun kami tidak menyentuh langsung bab-bab mengenai Islam di dalam perbualan tetapi semoga Nur Hidayah itu masuk ke dalam hati-hati insan yang dipilih-Nya.

Sedangkan bukan islam pun selesa berbaring-baring di dalam masjid, mengapa orang yg beragama islam tetapi bukan melayu tidak berasa selasa berada di masjid melayu(Masjid Melayu??). Dan ada cakap-cakap supaya didirikan Masjid mengikut kaum. Pelik dan bukan ajaib bukan?


p/s: ditaip-taip entri ini, kemudian ditekatekan butang publish asyik2 gagal. nasib baik copy n paste. kira-kira 3 minggu yg lalu..

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Islam itu mudah lagi memudahkan...

Islam agama yang cantik dan indah, dan Allah sangat menyukai suatu yang indah lagi cantik.

3:50 PM  
Blogger Pawana Malam @ Ct Nur Jane Makni said...

hai shah...

sihat?...awk, kite ade sesuatu untuk awk kat blog kite..mehh la dtg..hehhehe...cepat2..mari2..hehhehe...take care awk..tata

12:28 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home