Tuesday, January 16, 2007

16/01/2001

TaLi PiNGGaNG DaN MeLAyU

"Ada tak tali pinggang jenis lain skit, kepala ni meriah sgt la", pinta aku
"yang ini okay dengan you ma...", balas jurujual gadis tersebut sambil menunjukkan tali pinggang yg lain.

sudah banyak kali kosakata "ma" dan slang cina lain digunakan. aku agak terganggu dan tak berapa selesa. hendak dikatakan gadis ini berbangsa cina kulitnya sawo matang, mata tidak sepet,berhidung kemek pulak tu.

"hey, engkau ni melayu. Mengapa bercakap slang cina!!!", bentakku tetapi hanya di dlm hati. Jika dimuntahkan pulak takut dikatakan melayu mudah beremosi.

" Are u malay or chinese?" tanya aku.
"dua-dua pun boleh, melayu pun boleh cina pun boleh", balasnya sambil tersengeh.

"Shenme?", aku pura-pura terkejut
aku meneruskan lagi "Ni hao ma?" Ni jiao shenme mingzi?

dia terkedu dan menarik muka masam yg mula kemerahan. Beberapa ketika kawan-kawan aku pun muncul.
"saya mahu yang ini ya", aku menghulurkan tali pinggang yg aku pilih kpdnya.

"berapa?"aku bertanya kpd cashier seorg berbangsa cina di kaunter bayaran.
setelah selesai urus beli. cashier itu mengucapkan "thank you aaa".
Dan aku membalas "pu yau ke chi" sambil mengerlingkan mata dan melemparkan senyum sinis kpd gadis tadi.

Pada 3000 tahun sebelum masihi seorg putera Raja Byzantium telah belayar ke Asia utk melawat China. Kemudian beliau tersadai di pantai Kedah. Mereka(putera dan anak kapalnya) berjumpa dgn masyarakat setempat. Mereka melaporkan mereka telah tersadai dan berjumpa dgn sekumpulan gergasi" we came across a community of giants". maksud giant di sini adalah ketamadunan dan juga perkasanya melayu itu.

Bangsa ini keras. nilai-nilainya juga keras tetapi disulami dgn santun yg berseni.
Santunnya boleh dilihat pada bahasa, sindirnya pedas tetapi bertampi.kalau bahasa melayu itu najis mengapa Raja Moluccas menghantar surat kepada Raja Portugal dgn menggunakan bahasa melayu?

Adakah bangsa ini semakin 'melayu' atau semakin 'berkembang'? atau sedang tidur sebentar minta segera digerakkan?!!!dan aku bermaksud minta segera digerakkan diriku ini!!!

"Tak kan Melayu Hilang dunia." -Hang Tuah
adakah ini satu kata seruan, peringatan atau hanya kenyataan status quo??

p/s: pingyin di atas bukanlah tepat hanya sekadar membawa maksud ucapan.

6 Comments:

Blogger || iekabean || said...

This comment has been removed by a blog administrator.

7:21 AM  
Blogger Elhakim said...

This comment has been removed by a blog administrator.

7:38 AM  
Blogger Elhakim said...

aku teringat Malaysia today- Raja petra kamaruddin blog tentang bangsa melayu.

beliau ada menyatakan suatu berbunyi begini

bangsa melayu berkembang secara glokal (beranak pinak)
tetapi menguncup pada peringkat global
lebih kurang macam itulah aku dah lupa.

Tentang Hangtuah "Takkan Melayu Hilang Di dunia"

Itu adalah betul jika Melayu masih terus-terus Malas dan terpinggir terus-terusan.

Cuba fahamkan betul-betul Quotation tersebut

"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA"

Ini bermakna Proses Layu tersebut tidak akan hilang di dunia. dan ia akan terus wujud di dunia ini.

fahamkan baik-baik. Melayu adalah kata perbuatan dalau klausa ayat tsbt.

sekadar pendapat aku sahaja. Boleh jadi salah.

7:38 AM  
Blogger me,myself n all around da world said...

elhakim,
kau jenis yg mana??yg menguncup or yg mengembang(bukan perut!!)?!

Ada org telah bosan dgn Hang Tuah, kita kena mencari hero baru, cicak man mungkin?? melayu campur++

1:59 AM  
Blogger Elhakim said...

aku dinamika.

kadang-kadang menguncup
kadang kadang mengembang....

ikut keadaan.

fluctuate.

he..he..he....

5:09 PM  
Anonymous Anonymous said...

"dua-dua pun boleh, melayu pun boleh cina pun boleh"

sekali shah cakap mandarin, tergamam tak tau jawab. tak blaja betul2 bahasa cina, belajar slang nya sahaja. haha

10:19 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home