19/07/2008
beza berpindah rumah dan melompat rumah
berpindah rumah dua kali dalam masa tak sampai 2 bulan memang memenatkan. bayangkan byk perkara yg perlu disettlekan di rumah pertama dan belum lagi sesi mengangkut barang yg mengambil masa setengah hari, itu baru org bujang dan untuk yg berumah tangga tak tau la berapa sengsaranya. bila masuk ke rumah yg kedua pula barang-barang yg dipunggah tadi perlu di susun kembali. byk perlu dilap dan dimop, rak& almari, dapur & kabinet dan segalanya. sehari sebelum itu rumah itu perlu dibersihkan dan dicuci kerana biasanya rumah yg ditinggalkan memang kotor hitam dan berdaki. perpindahan memang memenatkan.
keadaan rumah pertama dahulu amat menyedihkan, dikelilingi oleh jiran-jiran yg bukan islam masih boleh dipertimbangkan lagi tetapi apabila terpaksa berdepan bau yg kurang menyenangkan seperti bau sampah dan bau hanyir longkang yg amat memualkan memang membuatkan hati amat berat untuk pulang ke rumah. aku juga terpaksa berdepan dengan masalah air buangan singki bahagian atas rumah meleleh ke ruangan dapur aku akibat dari kebocoran paip pembuangan sisa singki. bau yg amat tengik dan memualkan seringkali disedut oleh hidung apabila pintu dibuka dari luar semasa pulang dari kerja lewat 7 petang. dan sesi sebelum solat maghrib adalah mencuci air sisa dari singki bahagian atas rumah itu.bayangkan air sisa itu bercampur dengan kari,air basuhan ayam dan ikan,dan jika otak melampaui tahap imiginasi boleh sahaja manusia membersihkan bontot baby mereka di sinki.untuk aku yg sebelum ini duduk menyewa di apartment yg mempunyai persekitaran yg bersih,selamat dan tenteram dan ditambah dengan jiran-jiran yg mempunyai education yg tinggi,argh....
dan yg peliknya bagaimana terdapat kedai-kedai atau juga boleh juga digelarkan sebagai gerai-gerai makanan boleh beroperasi betul-betul di hadapan dan di tepi tempat pembuangan sampah yg dihurungi lalat yg amat banyak, meja-meja makan diletakkan betul-betul di tepi tempat di mana diletakkan tong sampah bagi kegunaan penduduk.dengan hampir keseluruhan dinding bangunan yg hitam,persekitaran yg kurang menyenangkan dan ditampah dengan sikap penduduk yg tidak prihatin dengan kawasan sekitar seperti membuang sisa-sisa nasi dan makanan dari atas rumah ke bawah,maka rumah flat seperti itu memang menyedihkan.tetapi itulah harga yg terpaksa dibayar oleh rakyat malaysia yg berpendapatan amat rendah(juga ditambah dengan mentaliti rendah mereka itu).miskin tidak membenarkan manusia bersikap pengotor, keluarga aku juga asalnya amat miskin tetapi sikap harus disemai dari kecil tambah-tambahan pula kebersihan adalah wajib di dalam Islam.
Setelah berpindah di rumah teres yg baru,aku & kawan aku berhadapan pula dengan masalah yg baru. masalah datang dan pergi cuba manusia-manusia yg cekal sahaja yg dapat bertahan tanpa dibawa pergi oleh arus masalah. aku bukan manusia cekal tetapi cuba untuk survive di alam yg jenuh dengan kepayahan ini, ini bukan mengeluh tetapi lumrah dunia begitu tanpa mengira warna kulit,kedudukan dan pangkat.
p/s: tetapi yang peliknya bila ada manusia yg bila ditendang keluar daripada sebuah flat yg kotor,kemudiannya sebuk pula menjaja ke sana sini mengenai kekotoran flat itu tetapi akhirnya kembali kpd flat yg asal itu,dengan alasan ingin kembali utk membersihkan kekotoran. yg lagi menjijikkan beliau menjilat-jilat dinding flat yg hitam itu utk menghilangkan kehitaman itu!
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home