Sunday, July 20, 2008

20/07/2008

UMNO,peti ais dan gajah

aku menemani rakan aku ke expo peluang pekerjaan untuk org ramai. sebuk2 dia melawat both2 aku mengambil kesempatan untuk masuk interview juga, aku tahu yang jika aku dapat pun kerja itu aku terpaksa tolak juga.sebuah syarikat ternama tanah air.


ok,sy nak tanya soalan ni, jawapan awak sy nilai ni,jika ok baru lepas untuk sesi kedua nanti. soalannya...bagaimana kita ingin menjual peti sejuk di eskimo?

erm...peti sejuk ke peti pemanas?

bagus..bagus...sy suka soalan anda itu, tiada org lagi hari ni menanyakan tentang itu. sy puji awak untuk itu(sambil menulis2 dikertas markah).katakanlah peti sejuk.

sy rasa amat susah jika ingin menjual peti sejuk di eskimo, di sana pun ada iceberg. tetapi apakata jika dgn menggunakan pendekatan marketing yg baik sebagai contoh tanamkan dan ubah mindset mereka supaya jika ingin menyimpan barang-barang sejuk beku wajib dipeti ais dan bukan di lain-lain tempat. sy bagi contoh dulu pemikiran org melayu,UMNO itu shjlah pelindung bangsa, UMNO shjlah hidup mati mereka,hebat tak marketing UMNO itu? jadi kita pun boleh buat perkara yg sama utk peti ais, kita tanamkan dlm minda mereka yg hanya peti aislah yg dpt menyimpan benda2 sejuk beku ini.

tapi bagaimana kita ingin menjualnya?(masih soaln yg sama)

sy tiada idea lain la.

Cuba awak pikir diluar kotak,awak kan jurutera.

tak boleh,sy dah tiada idea lain.

cuba pikir dari sudut individu,komuniti masyarakt,undang2,pemerintah dan negara?

tak dapat la.

jadi takde idea la ni.

ye.jadi apa jawapannya

kita paksa mereka membeli peti ais kita.

tapi encik,zaman skrg kita tak boleh paksa-paksa org. setiap manusia ada hak memilih,kita bukan hidup dizaman dahulu purba kala lagi*.(encik org kerajaan yg bina masjid krital ka?)

jawapan sy tiada salah betul.

encik ada jawapan lain lagi?

itu salah satu

encik ada jawapan lain lagi?

itu salah satu.(jawapan yg sama lagi)

(sebelum beredar aku sempat bertanya). encik,bagaimana kita hendak masukkan gajah ke dlm peti ais.

owh senang shj, buka peti ais, masukkan gajah ke dlm peti ais itu,kemudian tutup.

macamtu ke, patutlah encik tak jadi engineer.

(aku berjabat tangan,berlalu sambil tersenyum seperti senyuman trademark Dr. Nordin Kardi)

* aku menambah term-term seperti liberalism,socialism,open market dan lain-lain yang aku main hentam shj definisinya.walaubagaimanapun,encik itu tetap terkulat-kulat mendengar aku dok buat "pesona".

note: dialog diatas dialih bahasa dr bahasa inggeris kpd bahasa me-layu




4 Comments:

Blogger Mohamad Farez Abdul Karim said...

Soalan,

Macam mana kita nak masukkan peti ais dalam mulut gajah?


Sila jawab dalam 5 saat.

11:53 PM  
Blogger me,myself n all around da world said...

anak bumi,

haha...(boleh tak aku jawap macam tu??hehe)

6:55 PM  
Blogger MDM FARAH FAIZURA said...

wo

masih politik

bagus, konsisten

:-)

2:41 AM  
Blogger Masy said...

sinis tu hehehehe

12:32 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home