Sunday, February 22, 2009

23/02/2009

Zaman ini adalah zaman untuk kanak-kanak indigo. Indigo yang berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud ungu. Indigo dimaknakan dengan tahap naluri/intuisi seseorang yang mengatasi manusia normal yang lain. Kanak-kanak indigo ini mula dilahirkan di awal 60-an dan peranan mereka sekarang adalah seperti vanguard kepada kanak-kanak indigo selepas mereka. Sebelum era Cakra Indigo adalah era Cakra Biru di mana kanak-kanak seperti Einstein,Bohr dan lain-lainnya dilahirkan. Peranan dan fungsi kanak-kanak Indigo ini ialah menyusun kembali norma-norma dan nilai-nilai di dalam kehidupan manusia ini berasaskan kepada kekuatan spiritual. Meraka ini mempunyai intuisi yang kuat tentang perasaan orang lain, sensitif, kemampuan telipati dan ketelitian terhadap persekitaran yang kuat.

Acapkali kanak-kanak begini jauh daripada pengaruh Internet, peti televisyen dan juga telefon. Di Amerika dan Indonesia telah disediakan sekolah khas untuk kanak-kanak Indigo ini kerana kemampuan mereka dan cara mereka belajar amat berlainan dengan manusia normal yang lain. Seringkali mereka ini disalahtafsirkan oleh manusia normal yang lain kerana dianggap mengidap autisme dan lain-lain penyakit mental.Faisal Tehrani pernah menulis novel mengenai kanak-kanak Indigo
ini (p/s:Aku tidak pernah membaca novel ini =P). Contoh kanak-kanak Indigo adalah seperti Adi Putra dan Sheikh Sarifudin.Huraian lanjut mengenai kanak-kanak Indigo ini serta keistimewaannya bolehlah di baca di DEWAN KOSMIK bulan februari 2009.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home