Saturday, February 21, 2009

21/02/2009

Seorang bertanya kepada aku, tidak takutkah mengikat janji di zaman kemeseletan ekonomi ini?Aku hanya tersenyum, tetapi hati dan kepala aku ligat berpusing memikirkan perkara tersebut. Ada setengah pakar ekonomi berpendapat bahawa ini lebih buruk dari kejadian great depression tahun 1929 dahulu. Ada setengahnya berpendapat bahawa ia mengambil masa lebh 3 tahun untuk kembali pulih dan setengahnya berpendapat 2 tahun.

Walaupun ketika itu negara sosialis tidak terjejas teruk ( mengikut kawan aku di China jika rakyat di buang oleh kapitalis US maka kerajaan China amat welcoming terhadap pekerja buangan ini) tetapi boleh di baca ulasan buku Banished:The Forsaken di sini. Memoir seorang yang terbuang ke bumi sosialis.

Yang jelas sosialis,kapitalis, feudal atau demokrasi kepentingan rakyat perlu diutamakan.Tetapi politikus di Malaysia ini masih sebuk berebut kuasa dan jawatan di saat rakyat bawahan tidak tentu nasibnya.

Berbalik kepada cerita aku, hati saban malam dan ketika amat risau. Bulan depan janji secara lisan termaktub, proses pengenalan akan lebih terfocus di saat-saat gelombang kemelesetan ekonomi melanda dunia.

Teman aku berpesan yang rezeki itu kurniaan tuhan,jadi berharap sahaja kepada-Nya.


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home