Monday, February 23, 2009

24/02/2009

Betul,memang seperti ramai orang. Proses pengikatan antara dua hati ini memang melibatkan semangat emosi, sama ada terluka atau memekar. Selalunya adalah terluka.Dan aku selalu menganggap ini adalah salah suatu proses untuk bercambahnya satu nilai dalam hubungan kemanusiaan kita. Dan untuk lebih dramatik lagi ia terjadi di saat-saat kemelesetan ekonomi ini(aku ingin copy paste gambar sepasang tunang yang menangis di hadapan Lehman Brother's Bank,tapi tak jumpa =P).

Women is women..mereka selalu deepth into the method of process. Sedangkan kaum adam lebih mementingkan keberhasilan sesuatu proses itu. Untuk itu aku harus mengfleksibelkan diri lelaki yang ada di dalam diri ini. Yup, ruang untuk perbincangan itu harus ada, dan realiti(sunnahtullah) sebagai wanita dan lelaki itu adalah jelas.

Untuk aku, sentiasa berdoa semoga kami berdua sentiasa dilimpahkan hidayah serta fikrah yang jelas tentang tugas hamba di bumi Tuhan ini.


anotha story.
Dari kecil dahulu aku sentiasa percaya, setiap benda dan peristiwa adalah berkaitan antara satu sama lain. Dan dari kecil lagi aku adalah penganut teori konspirasi.Mungkin kerana aku suka menonton cerita konsprirasi?Atau hati aku yang hitam dan kotor( atau kata lain pesimis) dalam menerima sesuatu itu?

Yang penting, aku tidak menerima sesuatu peristiwa dan keadaan dengan sesenangnya tanpa memikirkan disebaliknya.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home