Wednesday, June 10, 2009

11/06/2009

Memang agak lama aku tidak meng update blog ini atas sebab kesibukkan. Bukannya malam aku sibuk berkerja tetapi di waktu malam mata aku sudah penat memandang skrin komputer pada siang harinya. Aku masih ingat dahulu saat aku mula mengetuk keyboard komputer, saat itu aku masih berada di darjah 5, mengikuti kursus/tuisyen komputer di sekolah untuk murid-murid yang terpilih. Oleh kerana di rumah aku tiada komputer maka aku takut-takut untuk menekan-nekan butang dan juga icon yang terlalu asing untuk aku. Waktu itu aku tidaklah begitu teruja untuk mengenali aplikasi serta manfaat komputer ini seperti juga sekarang, tetapi oleh kerana kawan-kawan sekelas aku pergi maka aku juga ingin turut serta. Namun yang agak pasti aku tidak berminat sangat dengan komputer sehingga kini.Jika diberi pilihan untuk bekerja menggunakan komputer atau tidak, aku akan memilih untuk tidak bekerja menggunakan komputer.

a) Penguasaan Bahasa Inggeris aku agak dan mulai lemah, jadi aku kena mula belajar bahasa ini secara serius dan mendalami the feeling of using this languange.

b) Kena mula timbulkan minat kepada penggunaan komputer secara maksima

c) Kena mula serius mencari tempat untuk menyambung peringkat master.

d) Kena mula merancang untuk ekonomi rumah tangga

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home