Wednesday, June 17, 2009

18/06/2009

Perbezaan pendapat itu adalah baik kerana dari itu percambahan idea akan berlaku. Tetapi apa yang berlaku di dalam PAS sekarang, betul-betul memalukan. Aku melihat ini sebagai bentuk perpecahan yang diharapkan oleh BN. Mengapakah PAS tidak pernah belajar dari kesilapan?

Aku kira pendekatan politik DSAI adalah yang terbaik ketika ini. Beliau boleh sahaja membuat kenyataan media mengkritik tentang masalah ini kerana sudah tentu ini melibatkan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya. Pemimpin PAS perlu bijak di dalam siasah. Wala' kepada pemimpin itu oleh para pengikut dan ahli adalah wajib, tetapi membuatkan pengikut dan ahli PAS keliru adalah satu perkara yang amat bodoh berlaku. Kesilapan strategi di dalam politik itu adalah perkara biasa tetapi kesilapan komunikasi antara pemimpin atasan adalah perkara yang paling bodoh.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home