12/12/2008
Aku sering terpikir jika kita hanya ada satu nafas lagi apa yang aku impikan lagi dalam nafas itu.
1) Aku hanya ingin menyebut nama tuhan
2) Aku ingin mengembirakan hati setiap orang yang berada di keliling aku.
Kadang kala hidup tak seindah yang kita inginkan. Petangnya kita boleh tersenyum dan ketawa dan apabila malam menjelma mata tertutup sehingga subuh menyahut membangkitkan jasad di dingin hari, kita jadi tak keruan, hilang punca. Semalamnya kita penuh dengan dengan pengharapan,pada esok hari hilang ditelan oleh gelap mimpi.
Maka aku lantas berharap bahawa sisa nafasku untuk beberapa saat kehadapan ini menghadirkan seribu bahagia pada diri dan ramai orang tanpa menunggu hari esok.
Tersenyum.
Aku memberikan 3 kali kucupan di dua belah pipi dan di dahi ibu. Sudah tentu dia tersenyum ketawa. Lantas aku menyalami tangannya dan munghulurkan tanganku ke muka ibu untuk ibu cium, persis sepatutnya aku yang berbuat begitu sebagai seorang anak. Dan ibu tetap tersenyum.
Sehingga ini, aku percaya bahawa pengharapan itu adalah doa.Aku ingin tersenyum dan membuatkan orang lainnya bergembira. Ntah, mengapa aku suka melihat wajah Tun Dr. Mahathir dan Nelson Mandela, wajah yang selalu mengukir bahagia dan senyuman. Sehingga membuatkan aku turut tersenyum.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home