Monday, November 03, 2008

03/11/2008

Allah membeli diri dan harta org mukmin itu dengan syurga( At-Taubah 111)

Aku bertanya kpd diri, selama ini apakah nilai kehidupan aku pada tuhan?Dimulakan dengan bangun pagi, menggosok gigi,membersihkan diri dan seterusnya solat subuh. Kemudian membaca Al-Quran sebaris dua, dan memandu ke tempat kerja.Punch card, on PC dan kemudian melihat tentatif kerja.Breakfast dan kemudiannya sambung bekerja. sepagi di depan PC dan mungkin diselang seli dgn lawatan ke line production. kemudian makan tengah hari, seboleh-bolehnya solat jemaah zohor dan menyambung kerja kembali sehingga petang. selepas kerja beriadah sedikit sebanyak dan kemudiannya kembali ke rumah. Jika sempat dan EPL tiada maka bersolat jemaah di masjid. Makan malam dan kemudiannya menonton tv seminit dua, membaca dan seterusnya tidur.

Dan aku bertanya kepada diriku, adakah itu nilai yg tuhan ingin beli dari aku?

Tuhan menyambung kembali.

Maka bergembiralah dengan jual beli yang kamu telah lakukan ini dan itulah kemenangan yang besar (At Taubah 111)

Jika inilah janji tuhan, maka aku bukanlah termasuk ke dlm golongan tersebut.

Tetapi sahabat aku bercerita bahawa org yg beriman dengan tuhan akan melihat setiap yg datang kepadanya bukanlah sia-sia tetapi di sana tersimpan seribu hikmah jika dilihat dengan hati yang penuh pengharapan kepada tuhan.Hadapi setiap yang mendatang dengan jiwa yang penuh ketenangan dan bersemangatlah seperti kamu di medan perjuangan. Orang yang berjuang akan berasa letih tetapi semangat mereka tidak pernah luntur. Lakukanlah setiap perkara yang hadir dengan baik dan penuh keikhlasan kepada tuhan,untuk agama ini.Semoga tuhan merahmati saudara.pesannya.

Ketuanan "min lam alif ya wau"

Sungguh malang dengan Melayu, aku juga malu menjadi Melayu. Namun warna kulit, pelat, dan bahasa aku sampai kiamat pun tidak akan dapat bertukar.Aku tidak sanggup menjadi tuan kepada mana-mana bangsa pun, aku juga tidak sanggup mendapatkan tender dengan cara pemaksaan terhadap mana-mana bangsa. sebusuk-busuk kapitalis pun aku rasa busuknya melekat ke batang hidung bangsaku ini sendiri.Sedarlah, kita tidak mempunyai nilai lagi, jika hidup merempat itu nilai yang lebih baik dari menindas bangsa lain, maka aku lebih suka memilih hidup merempat.Tiada suatu bangsa pun lebih baik dari bangsa yang lain.

1 Comments:

Blogger ida_zy said...

salam shah,
apa khabar?
moga semuanya baik2 saja :)

10:35 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home