14/12/2008
Wahai kasihku. Sesungguhnya aku mengetahui hatimu itu, getar meronta rindu. Tetapi sayangku, betapa diriku ini memerlukan ruang untuk mencari kebenaran di dalam diri dan kehidupan. Buat kau tersenyum bangga pada teman-temanmu dan berbisik inilah suamimu.
Aku telah sia-siakan 23 tahun yang lalu,jadi berilah aku kesempatan.Mungkin inilah adalah sebahagian dari ujian-ujian tuhan.Kebenaran hidup ini akan aku terus cari, kerana aku percaya disebalik kebenaran itu tersembunyi hikmah-nikmat,keyakinan dan ketinggian budi. Betapa kau tahu yang aku telah tinggalkan segala-galanya di dalam hidupku ini,cita-cita,nafsu dan kemahuan lantas aku memasuki daerah kehidupanmu yang asing.
Terima kasih kerana kau amat sudi memahami diriku yang sewel ini.
Kerana tuhan, aku ke sini dan mencintai keindahan dikau.Wahai tunangku.
God Bless You.Dan air mataku mengalir dingin.
1 Comments:
wah...dh tunang ek
all d best sham
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home