Sunday, January 18, 2009

19/01/2009

Sejak 6 bulan kebelakangan ini blog aku tersangatlah lain. Dalam erti kata lain jika dibaca balik entri-entri yang lepas 6 bulan kebelakangan inilah yang lain macam. Kalau orang tua dulu-dulu baca ni mesti akan keluar perkataan buang tebiat.

Pada aku ini tidak lain bukan hanyalah suatu proses di dalam kehidupan. Menyingkap balik sewaktu aku berblog, yang mula-mula memperkenalkan aku di dalam dunia blog ini kawan aku yang sewaktu itu belajar di UTP. Antara blog-blog terawal yang aku ikuti adalah si maniszarif, ,kak mashi,abdullah jones dan beberapa lagi yang aku telah lupa.2, 3 tahun lepas aku diperkenalkan dengan blog lama amin ahmad. Aku kira ini titik perubahan di dalam hidup aku. Jika tidak silap aku, aku adalah antara orang yang memberi komen paling banyak di dalam blog beliau. Aku banyak belajar dari perspektif beliau.Aku juga berkenalan dengan Pak Khalid( pengarah IKD), pak rastom yang romantis, komuniti jalan telawi. Antara web yang aku kerap baca adalah al-ahkam, ustaz hasrizal dan juga Jaringan Islam Liberal. Yang aku sebutkan semua ini adalah yang paling memberi kesan di dalam hidup aku.

Sebenarnya aku jarang membaca blog dan melompat-lompat blog. Aku ada masalah di dalam pembacaan, speed reading aku agak perlahan, dan aku cepat hilang focus. Berbanding dengan angka, aku agak bagus dalam hal ini.

Dan sebenarnya aku agak malu untuk mengatakan ini.Gaya aku masih seperti dulu.Hihihi..

KT sekali lagi membuktikan bahawa:
1. Rakyat hilang keyakinan kepada Najib
2. Rakyat mula inginkan majoriti antara pemerintah dan pembangkang tidak terlalu jauh
3. Rakyat mula menolak politik perkauman
4. Rakyat hilang kepercayaan terhadap kerajaan BN yang dianggap korup dan kroni
5. Rakyat mahukan media lebih adil dalam menyiarkan berita

Secara subjektifnya, pemimpin perlu diajar supaya jangan lupakan dosa dan pahala.

Aku tidak dapat berkongsi duka dan suka dengan penduduk KT, walaupun diajak oleh beberapa orang teman( orang tua semuanya,hehe) sehari sebelum pengundian, aku ada hal pada hari sabtu. Hal yang beberapa kali aku tangguhkan kerana ada urusan lain. Nasib baik aku dapat hadir di tarikh yang paling akhir sekali. Dan sekali lagi teman, senyumanmu itu sangat manis dan aku rindu. Walaupun aku hanya sekadar curi-curi tengok wajahmu itu.ting tong....

p/s: aku menulis sambil mendengar lagi shake yer body by gerhana cinta, dah bertahun-tahun ghasanya tak dengar lagu ni, but i'm still feel the beat.

1 Comments:

Blogger Amin Ahmad said...

salam.

terharu saya bila sdr menyatakan blog lama saya byk memberi impak kepada sdr.

doakan saya utk waktu2 sukar yg saya hadapi asbab kelalaian dan kelemahan saya.

8:58 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home