Wednesday, July 01, 2009

01/07/2009

Beberapa tahun yang lalu, sewaktu aku minum-minum di kafeteria di antara blok hostel siswa dan siswi,kaca televisyen menayangkan Akedemi Fantasia yang aku tidak pasti kali ke berapa. Pentasnya penuh berwarna-warni, acara tersebut memang gilang gemilang.

Aku bertanya kepada sahabat aku, apa nilai jubah yang di pakai oleh peserta-peserta AF itu, apa bezanya dengan jubah yang bakal kita pakai dan kenakan nanti. Dengan pantas sahabat aku menjawap tiada nilai melainkan populariti. Mengapa? aku bertanya kembali. Kerana setiap jubah yang dipakai nanti adalah memberi makna dan nilai tersendiri kepada pemakainya.Selain daripada setiap jalur, corak dan warna pada jubah itu yang mempunyai makna dan tradisi yang tersendiri ; jubah adalah perlambangan semangat tidak kenal putus asa, penat dan lelah kepada setiap peluh, mata yang bersengkang, pertarungan antara kemalasan dan cita-cita. Semuanya adalah terangkum di dalam sebuah perlambangan sepasang jubah. Dan jangan dilupakan bahawa jubah juga membawa nilai kepada orang-orang yang disebalik tabir itu, ibu bapa, guru-guru, para pensyarah, orang tersayang dan sesiapa sahaja yang membantu untuk sebuah kejayaan itu.

Jubah hanyalah fizikal dan bentuk yang tidak mempunyai sebarang nilai kerana nilai tersebut datang daripada sebuah kecintaan dan perjuangan.Jubah bererti semangat, penghormatan, dan kecintaan kepada ilmu!

Jadi apa nilai dan makna sepasang jubah kepada mereka, jariku menunjuk kearah kaca tv. Tiada...melainkan air mata penuh pembaziran daripada kita.

1 Comments:

Blogger Acik fosilmitra said...

Pelik... seorg ibu bapa itu boleh menitiskan airmata kerana anaknya terkeluar dari Akademi Fantasia tetapi tidak akan menitiskan air mata melihat anaknya tidak tahu membaca Al-Qur'an...

Mahu tgk anak memasuki
Akademi Fantasia (duniawi) atau
Akademi Al-Qur'an (ukhrawi)?...

Pilihan ditgn ibu bapa skrg..

10:49 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home