12/09/2006
aku tak bernafsu utk tidur pada petang ini....
perlukah sejarah malaya digali dan disusun semula??aku melontarkan persoalan kpd semua...
seperti golongan malaysia baru (baca:gol.muda) mahu sejarah disusun semula dan diberi nafas baru. Gol ini(mungkinkah aku sekali??) mahu sejarah yg pure historical ,jujur tanpa melibatkan apa2 kepentingan politik.
*sejarah pada aku kalau di tulis mesti akan bersifat bias. Mana ada sejarah yg benar2 jujur~
Penerbitan UKM dgn berani menerbitkan memoir Shamsiah Fakeh lantas ingin melanjutkan kpd memoir Rashid Maidin akhirnya diberikan kepada pihak lain.>>>>>lantas keluar dlm surat khabar mengatakan UKM telah dijangkiti anasir komunis. UKM akur kpd tekanan lalu membekukan buku memoir shamsiah Fakeh.
saudara Harat pernah menulis:
Barangkali sekarang konsep wira itu patutlah diperluaskan kepada semua orang yang berjuang menentang penjajah, tanpa mengira apa pun fahaman politiknya. Adalah tidak wajar jika pejuang kiri kemerdekaan, misalnya, tidak diiktiraf sebagai wira seperti pahlawan-pahlawan Melayu itu(laksmana Mohd Amin n Org Kaya Ngah Ibrahim)
beliau juga merujuk sejarah dan memahami sejarah skrg sbg:
"sejarah" yang diindoktrinasikan kepada rakyat negara ini sejak zaman penjajahan dahulu. Maka itulah sejarah "versi rasmi", versi arus perdana yang dianggap "benar" sehingga pada masa ini.Bahang sejarah pejuang@pengkhianat yg terbuang ini terus dikaji dan diurai semula.
Begitu juga dgn percubaan Amir Muhammad yg memfilemkan lelaki terakhir komunis yg membuatkan ramai "org" yg menggeletek panas punggung.
Timbul persoalan adakah PKM ini pejuang atau pengkhianat negara?? jika mereka ini pejuang mengapa mereka ini terus berjuang selepas kemerdekaan di dlm hutan sehingga 1989??
dalam suatu forum Aishah Ghani (Tan Sri) terus mengutuk(aku kira sampai ke akhir hayat beliau akan mengutuk PKM) PKM sebagai pengkhianat bangsa.tetapi beliau aku lihat byk bermain dgn emosi tetapi kurang dari segi fakta dlm menyatakan perkara tersebut.
Prof. Khoo Kay Kim sendiri apabila mengulas mengenai PKM mengatakan bahawa masyarakat pada waktu itu tidak memahami dasar Komunis dan oleh kerana itu ramai yg terpengaruh dgn dakyah komunis. mereka tidak megetahui Doktrin asal komunis yg ingin mewujudkan dunia komunis iaitu tiada negara, semua negara dipayungi oleh satu kuasa komunis. Jadi kalau begitu Malaya tidak akan merdeka sampai bila2??
Persoalan yg sering timbul juga adalah perlu pemimpin2 PKM ini terutamanya dari golongan melayu seperti Abdullah CD, Rashid Maidin dan juga shamsiah Fakeh perlu diberikan penghormatan oleh negara sebagai negarawan dan pejuang negara?
ia,mereka mmg dr golongan berhaluan kiri tetapi mereka bukanlah seperti pejuang haluan kiri yg lain spt Ahmad boestamam(API) dan Ishak Haji boestamam yg tidak menyertai PKM. Ahmad boestamam dan Ishak walaupon kerajaan tidak mengwar2kan keperwiraan mereka pada setiap kali kemerdekaan(mungkin atas dasar politik) tetapi mereka tetap diberikan gelaran oleh kerajaan.
(aku tak sangka rumah yg diduduki oleh Ahmad Boestamam sewaktu ditangkap oleh mata-mata pihak british yg entah kali keberapa rupa2nya hanya sekitar kawasan tempat aku)
Pemimpin2 PKM mengumumkan mereka juga adalah pejuang kemerdekaan@tanah melayu. oleh kerana muak dgn segala tomahan yg dilemparkan kpd mereka maka mereka2 ini telah menulis memoir mereka sendiri.tetapi golongan kanan masih tidak mengiktiraf gol. ini sbg pejuang.manakala golongan muda yg mindanya terus didesak persoalan demi persoalan mahukan jawapan jika tidak mereka akan terus menerus merumuskan segala tindakan ini atas dasar faktor2 politik atau apa shj. golongan muda mahu historical dan hagiografi tertentu disemak dan disusun semula oleh pakar2 sejarah kita sendiri tanpa bersifat prejudis dan tekanan politik. jika kita membiarkan sarjana barat yg mentahkikkan sejarah kita sendiri tentulah ia akan bersifir bias kpd gol. penjajah. don't let's monkey judges people.
yang menjadi masalahnya pada aku perilaku PKM itu sendiri serta akidah mereka. PKM kita tahu byk membunuh org2 tanah malaya sendiri dan Akidah mereka sudah tentulah Atheis atau tidak mempercayai tuhan.
tapi benarkah begitu, Rashid Maidin apabila keluar dr hutan dan menghabiskan sisa tuanya menjadi guru mengaji dan sebaik shj keluar dr hutan terus menunaikan haji di mekah.Shamsiah Fakeh juga kita tak perlu pertikaikan lagi lulusan pondok agama.
jadi bagaimanakah akidah mereka ini telah sonsang??
juga suatu fakta yg menarik guru kpd Astora Jabat, Ust. Abdul Karim Hassan (yakni abang kepada YB Bunut Payung, Taqiyuddin Hassan) yg mendirikan sekolah agama di selatan Thailand dikhabarkan pernah berkerjasama dgn gol. komunis melayu spt Rashid Maiden.
Jadi soalannya di sini apa benarkah akidah mereka telah sonsang??
sekadar memetik buku tamar Jamlis(Mungkin ada yg mengatakan ini bhn lawak nanti,hehe),maksudnya lebih kurang begini:
aku dan datuk menaiki bas...dalam perjalanan kami di tahan oleh pihak komunis................maka berlaku sedikit pertengkaran antara atuk dan beberapa org komunis, ketua kumpulan komunis itu seperti berang lalu cuba menghunuskan senapang ke arah datuk. Datuk dgn pantas membaca 27 kali Al-Fatihah dlm satu nafas, Datuk berjaya mengelak peluru itu lantas terkena kawan komunis mereka yg berbangsa melayu. komunis melayu itu mati disitu juga. komunis2 lain kaget, lantas mengundur diri dan menarik komunis melayu yg terkulai mati itu. datuk meminta izin kpd kumpulan komunis itu utk menguruskan mayat lelaki itu krn ia org islam tetapi ketua kumpulan tersebut tidak membenarkan dan menyatakan akan menguruskan sendiri mayat kawan mereka. meraka akan tanam di dlm kandang BABI.
aku pernah bertanya kpd ibuku mengenai Rashid Maidin. Ibuku lantas menjawap, dia bukan komunis, dia tak pernah pun mengacau org2 melayu. yg mengatakan dia komunis itu org lain.
aku tidak pasti adakah ibuku bermaksud beliau bukan komunis dari segi akidah atau apa. tetapi Rashid Maiden itu PKM itu sudah pasti kerana sejarah telah mmbuktikan.mungkin benar sewaktu Rashid Maiden di dlm PKM itu tidak mengacau atau mengusik org melayu kerana mustahil ibuku menipu. bapak kpd ibuku(datuk aku) adalah seorg SC, begitu juga bapak kpd bapak aku(nenek aku) adalah seorg SC. SC adalah askar yg berjuang menamatkan sisa perjuangan komunis di tanah malaya sehingga berjaya menghalau mereka ke selatan Thailand. mustahil datuk dan nenek aku menipu ttg Rashid Maiden sedangkan merekalah(datuk dan nenek aku) insan2 yg memerangi PKM ini.
bercerita mengenai rashid Maiden ini,aku pernah mendengar cerita saudara aku yg menceritakan kehebatan Rashid Maiden, beliau memiliki "ilmu" yg tinggi. pernah suatu ketika ibunya meninggal dunia dan dikhabarkan rashid maiden dtg menziarahi ibunya tanpa disedari oleh mata-mata. mungkin benar kerana wilayah gopeng terkenal dgn "ilmu-ilmu" sebegini ditambah pula beliau keturunan Rawa. Opah Ngah aku sendiri (aku keturunan rawa) diceritakan membela beberapa ekor harimau sebagai pelindung.
beberapa tahun dahulu khabarnya Rashid Maiden pulang ke kg halaman sempena hari raya dan itu pon di escort oleh beberapa kenderaan pacuan 4 roda atas2 sebab keselamatan. kini Rashid Maiden kembali ke rahmatullah. Al- Fatihah utk beliau.
Jika pendapat Prof.Khoo Kay Kim diambil kira mengenai fahaman komunis. let's do "historical if".
~antara duri dan api. between khaki brown and jungle green or whatsoever~
p/s:aku bukan PKM,Komunis, aku kapitalis(ini tentu ramai org suka =))
<< Home