25/09/2006
ANTARA FALSAFAH DAN SAMPAH
Dr. Nordin kardi menulis di dlm utusan mengenai debat falsafah yang perlu diterapkan di universiti-universiti di malaysia. Beliau menulis betapa di universiti perlunya debat mengikut lunas falsafah daripada mengikut lunas politik. Timbul persolan yang mana muncul dahulu, politik yang mencipta falsafah atau falsafah yang mencipta politik??
Ya, kadang-kadang pemikiran yang terlalu berfalsafah itu membuatkan org awam menjadi jelak, sisi kondisinya hanya berputar, bermain-main dengan kaedah mantik dan adakalanya seperti berputar-putar pada paksinya sahaja, tidak lancar dan hanya malah jika tidak dikawal dan bertumpu maka wujudlah debat yang hanya di permukaan sahaja tanpa pergi ke dasar.
Pada aku debat falsafah, kondisinya harus nyata dan dapat dirasai oleh khalayak. Sebagai contoh:
Terdapat pemikir(ahli falsafah??)yang begitu taksub memetik kata pujangga sebelumnya seperti idea itu adalah ideanya, hilang originaliti. kadang-kadang sengaja dipetik kata-kata atau dr buku dengan istilah yg bombastic agar penulisannya atau tutur katanya kononnya dpt memberi sense of authenticity.Ya, memang ia seperti isinya padat dan tepat tetapi adakah ia memahami isi disebalik permukaannya. Orang memang pandai menilai karya-karya shakespears di dalam bab percintaan tetapi hanya org yg bercinta yg dapat merasainya. Ia juga seperti pemuja-pemuja karya Jalaluddin Rumi, tetapi hanya org yg membaca dan memahami Al-Quran dan Sunnah sahaja yg dapat memahami isinya. jika tidak tentu sahaja Coleman Barks, Reynold Alleyne Nicholson sudah islam di tangan Akulah Api Engkaulah Angin.
Sebenarnya ramai org yg terperangkap dgn istilaf falsafah ini, mereka ini menganggap diri mereka ini adalah sudah cukup falsafah bila berjaya dan sukses apabila berjaya menceduk pandangan serta pendapat ahli-ahli filusif terdahulu di dalam buku serta tulisan mereka. Aku berkali-kali mengingatkan diri bahawa falsafah ini adalah isi segala ilmu.
Dimulakan dgn syariat seterusnya tarekat, makrifat dan akhirnya hakikat.
Ambil sahaja contoh, pakar membuat nasi ayam bercakap betapa sedapnya rasa nasi ayam di jalan kurau, dia menghuraikan kesedapan nasi ayam tersebut dihadapan pelajar2nya yg baru belajar method (syariat)resepi nasi ayam. Adakah lidah pelajar-pelajar tersebut dpt meneka rasa nasi ayam tersebut lantas ditafsir oleh otak??? Tentu sekali tidak, dan ia perlulah melalui jalan-jalan utk sampai ke bahagian tertinggi sekali iaitu, membuat nasi ayam tanpa melihat resepi, tau bahagian ayam yg mana yg enak sekali dibakar, beras apa yg terbaik utk digunakan bg menanak nasi dan paling akhir sekali tahu itu adalah rasa nasi ayam.
Aku ingat lg dlm Good Will Hunting antaranya:
You know Michelangelo?? U know a lot about him from a book, rite?? Life's work, politic aspirations, Pope. But I bet you can't tell me what it smells like in the Sistine Chapel. Because u never actually stood there and looked up at that beautiful ceiling.
Hakikat yg terbesar sekali
Pada aku hakikat terbesar sekali adalah kalimah "La illaha illalah". Tahu itu isi la illaha illalah. Ramai org yg seolah-olah mengaku bahawa dia itu adalah Al-Haq tetapi masih membuat dosa, ramai org mengaku bahawa dia seorg yg pakar Tafsir tetapi masih di hati ada sifat ego. Jadi mudah, dia masih tidah tahu falsafah "La illaha illalah". aku juga tidak mengetahui, dan utk kita sampai ke tahap mengetahui tak dpt tidak perlulah kita melalui jalan2 itu(beramal dgn syariat, method/tarekat, mengetahui makrifat dan akhir sekali pemahaman yg abadi/hakikat). Iaitu mengapa kita diciptakan
"Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali agar mereka beribadah kepada-ku".
Adz-Dzariyat, ayat 56:
Ego
Ia memang jelas kelihatan pada satu sisi ahli falsafah ini kelihatan seperti ego, dia sahaja yg intelektual. Org kampung dan org awam tak intelektual. Kononnya tahu apa itu makna kehidupan, tahu makna memberi dan menerima, tahu apa sahaja. Tetapi beliau tidak tahu yg memberi makan nasi itu adalah petani di kampung, ikan oleh nelayan. Siapakah yg lebih tahu apa itu makna kehidupan dan sesuai kehidupan jika tidak org2 yg sebegini. Itulah sebab ada ahli-ahli sastera/puisi yg kononnya bagus dlm penulisan menulis di coffee-coffee bean tentang laut tetapi karyanya tidaklah sehebat Usman Kelantan dlm menghurai maksud nelayan di serambi rumah usangnya.
Aku seringkali mendengar cakap-cakap ego ini oleh pelajar-pelajar (rakan-rakan aku) yg baru belajar mukhadimah ilmu logik/mantik. Nama-nama seperti aristotle, plato, ibnu Sina, al-farabi selalu disebut bagi menguatkan hujah walaupon kadangkala terlari jauh dari maksud perbincangan. Tetapi mudah sahaja ingin mematahkan hujah-hujah sebegini, gunakan sahaja akal, sebenarnya mereka-mereka(yg baru berjinak) ini amat dangkal dlm memahami logikal kerena otak mereka terlalu rigid dan menumpu kpd falsafah-falsafah kuno.
Oleh kerana itu juga atas nama falsafah,pandangan pope mengenai penyebaran Islam pada baru-baru ini yg membuatkan sekali lagi hati umat islam terguris telah diajak supaya didebat secara falsafah oleh golongan yg gila falsafah. Golongan ini tidak dpt membezakan antara serangan hujjah,tuduhan atau penghinaan. Apa yg pope tuduh itu adalah kesimpulan dr beliau dan amat mustahil beliau akan menerima sebarang hujah falsafah.
Hujah akal (ini timbal-balik tulisan aku mengenai peranan akal/logik di posting yg lepas)
Dan seringkali ahli-ahli yg kononnya falsafahnya tinggi menggunung menggunakan hujah akal bagi membincangkan soal-soal tauhid dan agama. Perlu diingatkan apabila membincangkan soal agama ia perlu dipagari atau diselusuri oleh dalil naqli. Hujjatul Islam Al-Ghazali sendiri mengkritik penggunaan akal yg berlebih-lebihan di dalam membincangkan ilmu ketuhanan dlm Tahafut al-Falasifah. Walupon kitab itu cuba dijawap oleh Ibn Rushd melalui kitabnya Tahafut al-Tahafut. Cuma apa yg aku nak kaitkan disini falsafah tanpa direction atau panduan yg betul boleh sahaja kita akan melakukan keganasan atau kezaliman ke atas pemikiran kita sendiri.
Ambil sahaja contoh kezaliman ke atas pikiran kita sendiri apa bila menyamakan persoalan maksud agama oleh semua agama-agama yg ada di dunia ini (pluralisme). Semua agama adalah sama, semuanya akan membawa kesyurga Cuma cara method beribadah sahaja lain. Golongan-golongan falsafah liberal ini menceduk bulat Jalaluddin Rumi
'Lampu-lampu itu berbeda, tapi cahayanya sama, datang dari sumber yang sama'. Tanpa mengkaji maksud Jalaluddin Ar-Rumi yg menghuraikan dari Ayat al-Quran
Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Mariam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayat dan cahaya yang menerangi... (Al-Maidah : Ayat 46).
Dan juga oleh kerana kebebalan ahli-ahli yg kononnya falsafah maka keluarlah pendapat mengenai peranan hati.Itu adalah luaran sahaja, walaupon saya nampak jahat tetapi hati manusia siapa yg tahu? tuhan mengetahui maksud hati saya, manusia tak layak menghakimi manusia lain berdasarkan perbuatan.
Maka selalunya mazhab ini diikut oleh para-para artis dan juga golongan yg cuba menggunakan offensive mechanisme dlm mempertahanlan perlakuan mereka.
Falsafah bagi aku
Katakanlah apa sahaja berkaitan dgn falsafah, jika pengakhirannya tidak membuatkan kita semakin baik,merendah diri, tau makna kehidupan maka semua itu sia-sia. Falsafah pada aku adalah suatu bentuk penyucian diri dan jiwa dalam memahami apa itu erti penghidupan(tazkiyah an-nafs). Pak Hamka dalam suatu diskusi apabila ditanya mengenai erti kecantikan (jamil), menguraikan panjang lebar mengenai pengertian cantik, sehingga membuatkan salah seorg ahli forum(yg aku kira pada mulanya liberal) bangun dan membuat konlusi " jika begitu bapak, maka apa yg paling cantik adalah kalimah "La illaha illalah". Akhirnya pada aku baik kita berhujah teknikal drpt berhujah falsafah tetapi karam di lautan gelap.
p/s: apabila aku baca penulisan aku kali ini ia seperti menyerang fahaman liberalisme walaupon niat aku bukanlah secara total begitu.=)
note shah:
hari pertama puasa di bulan ramdhan, tiada aktiviti yg aku lakukan. Walaupon kami telah bermesyuarat beberapa kali cuba untuk propose kegiatan untuk bulan ramadhan ini untuk blok, ia seperti tidak berjalan dengan lancar. Hari pertama puasa juga selsema menyerang sistem tubuh aku. Memang amat menyiksakan serta tidak selesa.
<< Home