31/10/2006
Perang Hunain
aku malas utk mengatakan bias-bias syiah akhi faisal(faisaltehrani). anda pun boleh baca dlm kolum beliau hauzah seni(harakah) atau di blog beliau. dan sengaja tidak ku tinggalkan komen di ruang komen beliau kerana dahulu banyak persoalan yg kubangkitkan mendapat jawapan drpd akhi yg jauh tersasar drpd maksud soalan. byk yg aku kecewa sejak akhir2 ini ditambah2 dgn penulisan beliau yg tidak mengiktiraf saladin(salahudin al-ayubi) di atas pembebasan palestin sbg seorg ikon yg harus dibanggakan atas alasan pembunuhan kaum syiah (fatimiyyah) di mesir.
mengenai perang hunain(Syawal Ini: Menghayati Sirah di Hunain ) aku tidak pasti di mana beliau mendasarkan sumber rujukan beliau. tetapi di sini aku hanya ingin memetik beberapa yg aku tahu sedikit mengenainya.
beliau menulis:
Adalah diriwayatkan ramai sahabat yang melarikan diri kerana takut dan sebagainya, hingga hanya tinggal beberapa orang iaitu Saidina Ali, bapa saudara Nabi, Saidina Abbas, Aqueel (saudara kandung Saidina Ali), Abdullah Ibn Zubair, Zubair Ibn Awam, Usman Ibn Zaid dan Abu Sufian Ibnul Harris. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah, dalam Sahih Bukhari, Bab 17, halaman 50 hatta sahabat-sahabat utama pun meninggalkan medan perang termasuklah Umar.
beliau juga merujuk kpd Surah Taubah ayat 25 bagaimana Allah menyinggung mereka ini:
"Allah telah menolong kalian dalam banyak medan pertempuran, dan dalam perang Hunain, ketika kalian merasa bangga dengan jumah kalian yang besar, tetapi hal itu tidak berguna apa pun bagi kalian. Dan bumi pun menjadi sempit bagi kalian, padahal ia luas, kemudian kalian melarikan diri dari medan perang."
aku menjawab:
-lihat juga ayat selepasnya Surah Taubah ayat 26, bagaimana Allah menurunkan ketenangan ke atas Rasul-Nya dan juga org2 BERIMAN dan juga diturunkan pertolongan ke atas mereka.
-semak hadis Bukhari hadis 2549 dr ibnu masu'd. dikhabarkan seramai 80org sahabat masih lagi bersama Rasul saw yg kita kasihi.
-menurut ibnu ishaq , para sahabat daripada Muhajirin, Ansar dan Ahlul Bait yang tidak berganjak bersama dengan Rasulallah SAW di medan peperangan Hunain adalah Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Usman, Saidana Ali dan lain
*ibnu ishaq dikenali sbg syiah dan sbhgian yg lain mengatakan Qadariyyah. digelar dajjal oleh imam malik.
- Tafsir ruhul ma'ani Al Alusi menyebut nama Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar di antara orang yang tidak berganjak bersama dengan Rasulallah saw yg kita kasihi.
- Diriwayatkan oleh imam tarmizi tidak sampai seratus org(rujuk kitab hadis tarmizi)
-Dan kebanyakkannya meriwayatkan seramai 80org
pada aku ini bukanlah apa,ia hanya cubaan utk merendah-rendahkan keperibadian Abu Bakar dan Umar(masih ingat apa syiah gelar kpd 2 org sahabat ini?)
Syiah juga(meskipun tidak semua) telah mengkafirkan semua sahabat kecuali 4(jika tidak silap) Ali, Salman Al-Farisi,Zubair Awwam dan seorg lagi.
p/s: ramai pembaca setia blog akhi faisal aku lihat sedikit sebyk terikut2 rentak beliau. ada yg terang-menderang mmg telah tertanam unsur2 syiah dari mula tetapi kebanyakkan baru mula hendak terpengaruh.walau bagaimanapun aku tetap menyajungi beliau sbg antara penulis yg berbakat besar.
WA
<< Home