14/10/2006
Tentang seroja
Bila mana kami diwaktu f4 menjemput seorg ustaz rock,apa yg kami harapkan adalah kami dpt menitip keinsafan disamping menambahkan ilmu pengetahuan. dan diwaktu itu ustaz ini baru mula hendak naik masih tidak berapa terkenal di seluruh malaysia. Apa yg menarik skrg ini ustaz ini mula belajar2 muncul dikaca TV dan majalah-majalah hiburan yg isi kandungan gambar-gambar artis separuh badan terlihat. Bukan niat berdakwah itu yg aku ingin timbulkan, tetapi betapa mulut-mulut manusia yg sememangnya jahat ini mudah shj melemparkan kutukan dan makian trhadap org lain. tapi mungkin akan ada org yg timbulkan ustaz rock ini hanya menyatakan kebenaran dan hanya membuat contoh, aku menjawap contoh-contoh yg ustaz itu berikan yg membolehkan anda ketawa sampai terkentut2. dia seperti mencipta dunia "baiknya" sendiri,mewujudkan ruang eksklusif,kalau mereka hendak jadi baik mereka kena berdiri sebaris dgn kita, kalau tidak mereka itu adalah ahlul maksiat.Contoh2(artis) yg diberikannya hanya menjadi modal utk membuat anda ketawa. seronok ke kita ketawa ke atas kemaksiatan org??? kita mmg boleh bercakap ttp kadang2 perlu lebih sopan dan berhati2 apabila bercakap dgn memegang mic.mmg lain perbezaannya.dan jgn terkejut skg ustaz itu telah pandai utk berdiri sama pentas dgn pengacara serta artis yg bila tunduknya akan nampaklah seluar dlmnya. ustaz jelmaan rock ini yg dulunya berlilit serban dikepala skrg cuma tersangkut hanya di bahu shj, kopiahnya pula melurut menutupi telinga. dan kalu kopiah itu dijahitkan dgn lambang NBA sebijik seperti snow cap aku (mungkin aku juga boleh digelar ustaz??hehe). apabila ditanya mengenai imej rambut panjangnya sekarang dia ringkas menjawap yg dia hanya menguji sejauh mana penerimaan masyarakat terhadap imej rambut panjangnya. dan dlm nada kecewa beliau mengambarkan maasyarakat lebih melihat kpd imej bukan kepada apa yg dibawanya. ya ustaz, begitulah penerimaan title anda sbg ustaz,hanya dgn berserban anda telah digelarkan sbg ustaz dan jgn marah bila anda berambut panjang anda digelar sebagai penyanyak.
Dendangannya biasalah klise lagu seroja, nanyian yg sama utk semua insan2 yg baik. maka jadilah seroja itu semacam lagu nasyid,malah mungkin diertikan lg dgn lagu dakwah.Jadi jika org2 lain yg menyanyi lagu seroja lantas berdiri di pentas agama, panggil shj dia Ustaz. arghh mudah sgt imej mendahului pengertian. maka tinggallah agama itu sbg "alat". alat utk memuaskan diri-aku beramal di dunia ini.
p/s:kwn aku pesan, best dengar CD ceramah ustaz rock ni banyak lawak.
kenapa perlu kritik?
agama tidak perlu kpd kritikan,tetapi pendukungnya yg perlu kpd kritikan. jika ada yg mengatakan agama yg kita perlu kritik adalah bkn agama sebagaimana yg disebutkan oleh rasullah tetapi agama yg menyaksikan peperangan 2 kelompok sahabat, maka dr kaca mata apa anda mengkritik agama itu??atau sememangnya kita tidak faham maksud beragama???
dan jika agama itu suatu ideologi, maka anda juga akan dapat membayangkan jawapan oleh Abu Bakar ra apabila rasullah saw balik dan membawa perkhabaran baginda telah di-israk mikraj-kan, tentu bukan??
note shah:
sudah beberapa malam aku tertinggal solat tarawikh secara berjemaah akibat kekangan dr kelas dan juga test pd mlm hari. mmg terasa rugi. mmg aku solat di bilik tetapi di bilik solatnya seperti "cepat lg ayam mematuk dedak", istilah akak aku la.aku kalo teringat istilah ini mesti ketawa sendirian kerana aku dan akak mmg saling suka kacau mengacau bila solat.aku plg suka kacau akak aku di masa tahyat akhir tambah2 solat 4 rakaat. mesti anda semua ingat yg akak aku ini masih muda lg kan??akak aku dah ada 4 org anak~
<< Home