Antara Nilai dan kebebasan bersuara
Apabila Pak Lah menegaskan yang beliau tidak akan tunduk kpd desakan mana-mana pihak untuk beliau meletakkan jawatannya sbg PM pada aku itu adalah sesuatu yang amat terpuji. Tegas Pak Lah lagi beliau adalah PM pilihan rakyat jadi mengapa beliau harus tunduk kpd sesetengah pihak.Aku teringat kembali kpd peristiwa perlantikan khalifah yang ke4. Tatkala sahabat utama berbaiah kpd Ali, muncul muawiyah menentang perlantikan tersebut sehingga membawa kpd pemberontakkan seterusnya peperangan di dlm sejarah umat islam.Adakah Ali perlu berundur demi perpaduan dan kesejahteraan umat islam ketika itu?Tidak, Ali tidak!kerana perlantikan beliau sbg khalifah adalah sah. Jadi menjadi hak kpd mana-mana pemimpin untuk berpegang kpd haknya sbg pemimpin walaupun ada tentangan di situ. Sememangnya Pak Lah itu lemah dan semua org malah termasuk pengampu beliau sendiri harus mengakuinya tetapi pendirian Pak Lah itu utk mengekalkan jawatan amatlah disanjung. itu adalahlah satu nilai dan pada aku nilai itu amatlah terpuji. dan aku juga sebagai rakyat malaysia yg merdeka jiwa dan akal dan mempunyai "freedom" tersendiri seperti termaktub di dlm perlembagaan amatlah berharap yg DSAI akan menang pada piliharanya kecil ini seterusnya menerajui negara dalam masa terdekat ini.Jika itu (ikut pintu belakang) dikatakan oleh sesetengah org sbg tindakan tidak bermoral biar sejarah masa hadapan yg menentukkanya samaada "muawiyah"nya beliau atau "al-aziz"nya beliau. Namun pada aku nilai org melayu itu semakin terserlah dgn munculnya tokoh-tokoh seperti ini. warna-warni politik dan sosial malaysia semakin bertambah dan berkembang dan ayuh mari serikan warna itu lagi.nilai dan prinsip harus dihormati dan semoga Tuhan sentiasa memberkati umat ini.
melayu ini org yg bijaksana dan setiap perbuatan dan tuturnya ada kiasan tersendiri.
3 Comments:
Brilliant! Pandai awak karang kata2 awak. I like. :)
alah,
jika dikatakan manusia,
sememangnya tidak pernah puas dengan apa yang ada...
eskapisminda,
rambut anda juga cantik,lurus..=)
anak bumi,
nafsu dan tuntutan tuhan itu berbeza.jadi manusia harus memilihnya.
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home