18/08/2008
Politik, Islamisasi, Kebebasan dan juga Keadilan
Aku meninjau-ninjau di mlm sebelum pencalonan di permatang pauh yg bakal diadakan pada 26 ogos ini. secara tidak sengaja terserempak prof dekan HEP universiti lama aku yg mengawasi dan meninjau penglibatan siswa-siwi di dlm pilihanraya dibawah akta AUKU. Nadanya masih seperti dulu,mesra dan mudah utk melontarkan dan berkongsi idea. Duduk-duduk sebelum menunggu kehadiran rAkan-rakan aku yg lain sempat bertukar-tukar idea dan pendapat.Dari perihal pilihanraya, perhimpunan pelajar uitm dan juga debat DSAI dan Shabery. aku berkongsi pendapat yg sama dgn beliau, siswa dan siswi belum lagi bersedia utk penghapusan terus AUKU sama sekali, mereka perlu membudayakan dahulu budaya kritikan idea,percambahan idea, perbezaan pendapat dan meraikan pendapat. Jika tidak mereka akan dibuai dgn sentimen dan emosi oleh politikus-politikus yg bermaruah dan yg tak bermaruah, mahupun yg islamik dan yg tidak islamik.
Terima kasih pakcik ramli yg menumpangkan aku semalam di rumah beliau.
***
Islam tidak pernah memberatkan umatnya untuk melakukan dan melaksanakan perkara-perkara yg berada di luar kemampuannya. Kembali kpd tuhan itu fitrah, taat dan patuh kepada ajaran tuhan itu juga fitrah. seringkali kita menyangkakan bahawa kebebasan dari hukum tuhan itu adalah kebebasan hakiki, dan lebih teruk lagi jika kita menyandarkan dengan kekuatan akal dan fikiran bagi menghalalkan setiap perkara yg kita lakukan atas alasan "tuhan menciptakan akal utk kita berfikir logik, hukum tuhan dan logik itu berada di atas satu garis yg sama dan bergerak secara selari, jadi tidak mungkin salah satunya berlawanan dgn antara duanya".Tetapi jika berdiri dihadapan Sang Pencipta manusia dan bertanya kpd diri kita yg kerdil ini siapa kita,kita akan menyedari kebebasan hakiki adalah dgn taat dan patuh kpd perintah tuhan itu.
****
menjadi satu sifat aku ialah seringkali terlupa judul-judul buku yg aku baca sebelum ini. dan utk itu akan merasakan bahawa displin di dlm hal-hal pembacaan ini amat perlu.aku menceritakan perihal judul satu buku ongoing yg aku baca “why I'm Muslim” dan “perubatan kaedah kesufian” kpd kekasihku, aku menggambarkan di dlmnya ada lukisan 7 lapis awan dgn abid sedang rukuk serta bulan bintang menghiasi orbit berseta kalimah-kalimah suci di dlmnya.....
"sudah2,jgn baca dah buku tu",sunggutnya.
"alamak lupa pula yg enti ni anak buah Dr. Asri yg glamor tu",pintasku
dia lalu ketawa.
dan aku bahagia.
*****
Antara keadilan dan Islam, mana satukah yg lebih besar?
Nada soalannya mungkin simple tetapi amat sulit untuk kita adili(jawap), jika sudah dan kita percaya,amat sulit untuk kita tegakkan?
amat sulit?
cuba baca tentang Islam di atas itu...
1 Comments:
assalamualaikum..
ketemu sua laman ini dr http://www.khalidjaafar.org
:)
sy tidak pandai berkata2.
sy tidak pandai mengarang.
erm..
cuma nak menanyakan beberapa soalan..
saudara belajar di mana dulu?
dalam jurusan apa?
http://copieetpate.blogspot.com/
sekian
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home