Tuesday, August 12, 2008

13/08/2008

Aku mendengar syarahan yg disampaikan oleh salah seorg "org yg kena tuduh" kerana terlibat dlm perhimpunan membantah forum IFC tahun 2006, polemik isu ini sampai sekarang,ceritanya juga sampai sekarang,tidak pernah berubah, namun hanya isi kulitnya sahaja berubah.Diselitkan juga peranan dan sikap IKD yg mana khalid jaafar menjadi tulang belakangnya dan sekolompok lulusan timur tengah (middle eastern graduate centre) mengenai isu ini,pada aku ia perlu diperhalusi dan diteliti lagi,utk membuat konklusi sebegitu rupa aku kira agak ekstrem meski aku tidak kenal apa itu IKD dan lain-lainnya.

Secara umumnya masyarakat malaysia percaya kpd 2 sistem kepercayaan; keberagamaan dan perlembagaan.Bagi org Islam yg ingin mengambil Islam secara keseluruhannya, mereka percaya dan bekerja utk menggantikan dan menyesuaikan sistem perlembagaan(dismantle of the ignorance) kpd sistem beragama secara keseluruhannnya.Tetapi bagi masyarakat non-muslim mereka melihat sistem beragama dan berperlembagaan adalah 2 entiti yg berbeza, amat mustahil utk disesuaikan antara satu sama lain kerana di Malaysia rakyatnya berbilang agama.Jadi harus ada garis pemisah yg jelas antara kedua-duanya. Dlm perjalannan penuh rancau ini, PAS harus membuktikan bahawa manhaj Illahi itu amat bersesuaian dgn fitrah sistem sejagat kehidupan manusia. Dan sbg parti tuhan PAS harus melihat isu ini sbg ujian dan kajian kerana pada akhirnya akan ada nada persoalan: Negara islam yg bagaimana yg bakal ditegakkan oleh PAS.

Rakyat Malaysia yg cintakan islam harus berhati-hati menghadapi polemik yg sebegini.boleh shj reaksi yg dilontarkan dan dilaungkan oleh pencinta islam dibalas dgn penuh kebencian oleh masyarakat non-muslim.

Kpd masyarakat non-muslim, itu menjadi hak anda utk mencari ruang keadilan(dan hak itu dijamin oleh islam malah dgn darah sekali pun!) bg anda tetapi cara membangkitkan isu itu.

Harmoni,toleransi, kepercayaan,keterbukaan dan penghormatan perlu menjadi sebahagian rantaian nilai dlm hidup beragama.jika putus satu nilai maka hilanglah nilai hidup beragama, jadi tinggal nilai/makna apa lagi yg tersangkut dileher pencinta agama ini.

1 Comments:

Blogger Apa Kau Nak said...

Manusia mudah merasa kesempurnaan diri lalu lalai dengan dugaan yang diperturun tuhan. Allah maha adil, sayang hambanya tidak. Yang teraniaya kekal statusnya sebagai yang teraniaya samada islam atau bukan. Isu ini akan berulang dan berulang sehingga si muslim2 itu BERANI mengambil keputusan dan bukan lagi berlarian keliling bulatan.

6:12 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home