Sunday, October 05, 2008

04/10/2008

4 oktober 2008

taqaballah huminna wa minkum...

abah

Syawal disambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran setelah sebulan jiwa dilatih supaya tidak tunduk kepada hawa nafsu dan juga pengharapan supaya 11 bulan yg mendatang ini jiwa kekal dlm semangat ramadhon. Aku menziarah kubur arwah abah, meski aku tidak berapa mengenali arwah abah namun aku suka mendengar cerita mengenai arwah abah drpd org ramai. aku juga membaca satu drpd diari-diari abah yg dijumpai dan masih berada disimpanan. Diari abah bercerita mengenai jadual usrah dan mesyuarat yg abah akan hadir pada tahun 1987, abah bukan siapa-siapa, abah org biasa tetapi abah begitu komited dengan apa yg abah lakukan. abah menghayati betul-betul dengan apa yg berada di hadapannya. Yang di depan mata dipeluk erat dan yang akan datang dirancangnya betul-betul.abah memang perahsia atau mungkin kerana tidak banyak cakap kerana kerap benar apa yg abah tulis dlm diari emak tak pernah bercerita mengenainya. malah anak-anak abah pun selalu bercerita mengenai perkara yg berbeza mengenai abah.

“yang laki-laki jom solat maghrib dulu di surau” ajak Angah semasa menziarahi saudara sempena hari raya. Yang lain pantas membontoti, Angah mewarisi semangat kepimpinan keluarga yang berada di dlm diri abah. solat berjamaah bukanlah suatu amalan dlm keluarga kami.

“ kalo nak betul-betul,baik cakap kita boleh melawat keluarga dia raya kelima ni, masa abg tengah ada duit ni, masa abg sengkek takde lah ” abg pula mewarisi sifat pemurah dan ramah mesranya.

anak lelaki ketiganya mewarisi sifat sensitif dan penyayang abah.

aku pula....

kami berbeza pendapat, selalu juga tersinggung, bergaduh. yang perempuan pula tak dengar cakap, malah pernah derhaka kepada abah dan emak, lari dari rumah, meski abah dahulunya menghantar anak-anak perempuan ke institusi pondok bagi memisahkan kejahilan wanita-wanita di zaman tersebut dengan anak-anaknya.

tetapi walau apa pun, kata abah, kita tetap sekeluarga. perlu sayang menyanyangi, maksiat yang dilakukan perlu dibenci tetapi perasaan sayang adik beradik mesti ada.

abah biasa-biasa aja, tiada yg istimewa dari pandangan masyarakat. semoga Allah sayang dan mengasihi abah seperti abah mengasihi kami dahulu.

maaf zahir batin.

2 Comments:

Blogger azie said...

taqaballah huminna wa minkum...


lama tak dengar cerita kamu.

saya mintak maaf andai ada salah n silap, selamat hari raya.

10:32 PM  
Blogger rastom said...

Salam aidilfithri, meman lama tak nampak - musafir jauh ?

1:40 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home