15 sept 2008.
2300
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: “Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu”, dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.
(ayat 25 al-baqarah)
petang tadi aku singgah sebentar ke bazar ramadan, walaupun di tangan sudah ada nasi kosong dan sup ayam tapi hati masih mahu membeli sebarang dua macam kudap-kudapan kononnya perut tidak kenyang nanti. jenguk ayam percik yg panas dan berminyak-minyak,harumannya cukup menusuk ke hidung, di sebelahnya pula terdapat pasembur dicampur dengan telur rebus, sosej,isi ketam dan fishcake yang digoreng bersalut tepung.air pelbagai buah pula termasuk laici kang yg penuh dengan isi dibungkus kemas,nampak sgt sejuk dan nyaman dari luar.aku ingin beli semua bisik benak diriku!!
aku teringat kembali ayat tersebut. syurga menyediakan makanan yang tidak pernah kurang kesedapannya. Sebiji buah contohnya, apabila di makan lagi dan lagi rasanya lain dan bertambah sedap. sedangkan di dunia ini, jika makan berlebihan makanan tersebut sudah hilang nikmatnya, malah akan sengsara kekenyangan.Perut terasa sendat, tekak terasa loya badan pula lemah longlai dan tersandar keletihan.keletihan dan kelesuan..
Ya,Keletihan dan kelesuan selepas merasakan nikmat yg terlampau.PAS pada aku harus bersedia kemungkinan-kemungkinan yang berlaku, biarlah semuanya dalam perancangan, PAS harus melihat tahap keupayaannya diri dulu berdepan dengan kuasa. Kuasa juga seperti makanan, bila hati yang lapar berhadapan dengan kuasa, maka ingin dibolot semua dengan lahapnya. Perlulah sedar keupayaan diri untuk menelan segala permasalahan setelah berkuasa, punyai kekuatankah untuk mengikis segala karat-karat jahiliyah yang ditinggalkan. menghidu bau kekuasaan dari luar Putrajaya memang nampak enak, tetapi jika dimamah dengan penuh nafsu dan tamak haloba kekuasaan itu takut termuntah kembali. Ingatlah dunia ini hanya alat untuk bekerja bagi akhirat. Berhadapanlah dengan kuasa itu dengan fikiran yang rasional,penuh kesederhanaan dan sifat tawaduk kerana kekuasaan itu suatu yg memualkan jika dikuasai dengan nafsu yang gelojoh!Belajar dari Taliban apabila kuasa diduduki dengan kekerasan dan rampasan semasa fikrah(perut,hati,nafsu,akal) rakyat masih tidak bersedia.
bersediakah ahli-ahli PAS menerima pemikiran yg dibawa rakan-rakan di dlm pakatan rakyat yang lain?silibus-silibus pemikiran yang rancau ini sudah tentu akan dicucuk ke dalam fikiran masyarakat bermula dari sekolah rendah lagi.bersediakah PAS untuk bertembung dengan rencam fikiran yg pelbagai ini?mampukah PAS?!
Dan yakinkah PAS bahawa dia tidak akan ditendang keluar apabila Parti itu berkuasa nanti, dengan pesona tokoh tersebut tidak mustahil pilihanraya akan datang Parti itu akan mendapat majoriti kerusi yg besar di parlimen dan tidak mustahil peranan PAS diwaktu itu tidak diperlukan lagi, ala-ala tragedi Parti Perikatan dulu la. PAS harus realistik bahawa pendokong dan keahlian PAS sebenarnya tidaklah sebanyak mana(di dlm konteks org yg berkehendakkan Islam secara keseluruhannya), yang membuatkan PAS menang besar pada 1999 dan 2008 adalah disebabkan oleh faktor yang lain. PAS juga harus menerima bahawa majoriti umat Islam di Malaysia masih belum bersedia menerima Islam yg seperti mana yg PAS paham. ini cukup jelas, tak payah putar-putar.
Ini bukanlah untuk menidakkan kezaliman Kerajaan BN dan keyakinan bahawa Kerajaan BN mesti ditumbangkan, tetapi hanya melontarkan persoalan: mampukah PAS?!
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home