12/10/2008
Karl Marx melihat hanya faktor ekonomi sebagai satu-satunya kuasa tunggal yg menyebabkan ketidaksamaan sosial dlm suatu masyarakat.Meski Randall collins tidak bersetuju mengenai ini tetapi berpendapat anggota-anggota kelas ekonomi akan cuba mendapatkan pengaruh orang politik dlm mempertahankan status quo dan kedudukan sekali gus mempengaruhi pengagihan pendapatan dan kekayaan dlm masyarakat. Perebutan mendapatkan kuasa bertitik dari punca utama keinginan utk memonopoli dlm bidang ekonomi.
Hujah Plato mungkin ada benarnya, ketidaksamarataan sosial di dlm masyarakat adalah lumrah dan fitrah,hujah yg sama dibawa oleh Neitzsche. Bebersamaan dlm hirarki sosial masyarakat adalah sesuatu yg dianggap sesuatu yg ideal dan mustahil utk diterjemahkan dlm bentuk konteks. Aristtotle pula menekankan bahawa meski ketidaksamaan itu fitrah tetapi kehidupan berteraskan akhlak yg baik serta berpengetahuan amat penting.Untuk mencapai keadilan, 2 jenis layanan kesamaan sosial dlm masyarakat perlu dititik beratkan.pertamanya layanan kesamaan berbanding(proportionate equality) ygt menuntut supaya pengagihan sesuatu sumber itu dibuat berdasarkan byk mana sumbangan seseorg warganegara kpd masyarakat. keduanya layanan kesamaan bilangan (numerical equality) yg menuntut supaya sesuatu sumber umum bg kebajikan seluruh org awam diagihkan secara sama byk kpd masyarakat kebanyakkan.
Walaupun aku sgt tidak bersetuju dengan pandangan Karl Marx bahawa segala ketidaksamaan dlm masyarakat akan sendirinya terhapus dgn penghapusan sistem pemilikan persendirian tetapi ada titik-titik tertentu yang punyai kebenarannya.sistem pendidikan dan juga sumber-sumber bumi perlu disamaratakan pembahagiannya kpd masyarakat. adalah amat tidak adil untuk membebankan pelajar-pelajar dan penuntut-penuntut dengan kos pembelajaran yg sepatutnya menjadi suatu keperluan kpd kerajaan/ulik amri untuk menyediakannya. Begitu juga dengan sumber bumi dan perkara asas yg sepatutnya menjadi suatu hidangan satu meja oleh masyarakat umum tanpa mengira pangkat dan harta.Sistem kapitalis dgn jalan penswastaan amatlah tidak bertepatan dgn prinsip ini, amat mustahil kapitalis dpt menyediakan perkara asas dan pendidikan secara maksima tanpa memikirkan keuntungan kerana perniagaan bukan kebajikan!
Namun kekayaan persendirian,harta, agama,akal dan sebagainya tetap akan menjadi wilayah individu yg terpegang oleh prinsip makasid al-syariah.Perniagaan persendirian/swasta perlu jauh drpd campur tangan kerajaan seperti yg ditunjukkan oleh teladan abdul rahman bin auf sewaktu mula-mula berhijrah ke madinah.Manakala keperluan umum masyarakat perlu dijamin oleh kerajaan dan juga anggota masyarakat kerana dituntut oleh agama(al-dhoman al-ijtima'i).
Ketidaksamaan dlm sistem sosial hanya dpt diimbang oleh pemerintah yg adil,berkelayakan dan beriman
dan allah telah berjanji kpd org-org beriman anatara kamu dan mengerjakan amal soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi(surah an-nur 55)
serta masyarakat yg mendokong sistem keadilan itu dgn erti faham.
dan org-org yg beriman lelaki dan perempuan setengahnya menjadi penolong bg setengahnya yg lain,mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang drpd berbuat kejahatan (Taubah: 71)
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home