Sunday, November 16, 2008

17/11/2008


Kadang-kadang jiwa ini merasa tetapi amat sulit untuk berbicara. Pagi yang indah ini dihiasi dengan langit yang cemerlang tetapi dijaluri dengan peristiwa yang tidak diduga. Kejadian ini mungkin sahaja di pandang kecil-kecilan oleh manusia lain.

Betul kata bidalan, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Monolog aku : Apa yang membuatkan seseorang manusia itu begitu cekal dengan kehidupannya?adakah disebabkan oleh semangat, keazaman, latihan atau pengalaman?

Jawap hati aku : Yang aku cari hanya kesempurnaan pengalaman, meski itu adalah mustahil tetapi usaha ke arah itu harus ada. Untuk mendapat kesempurnaan pengalaman perlu ada semangat, keazaman dan juga latihan. Tempoh latihan akan disusuri dengan kegagalan, kesilapan mahupun kejayaan. Setiap latihan perlu diambil pengajaran, setiap pengajaran mesti ada hikmah yang tersembunyi.

Oh tuhan, kesempurnaan itu hanya hak milik-Mu, latihan dan pengalaman itu buahnya adalah syurga-Mu. Jadikanlah diriku ini tidak takut dengan latihan dan ujian-Mu di dunia ini. Kurniakanlah cinta-Mu di dalam setiap gerak langkahku ini agar setiap yang mendatang aku kerjakan dengan perasaan yang penuh kecintaan.Cinta dari-Mu adalah sumber kekuatanku.

1 Comments:

Blogger azie said...

beautiful and nice...as always.nak lawan dengan shah la sapa tulis lagi puitis, boleh? hoho...

8:08 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home