19/12/2008
Aku dinasihati membaca kembali buku-buku karangan abu a'la al-maududi, hassan al-bana dan ust fathi yakan. Betul, aku kira pengangan aku kini amatlah longgar,aku seperti mencabar-cabar gaya dan cara pergerakan Islam sekarang. Aku tahu yang aku ini amat daif, soal-soal begini sebetulnya bukan untuk aku selesaikan dan bukan untuk aku persoalkan. Tetapi jiwa aku merasa tertekan. Aku sering bertanya Islam yang bagaimana?Itu yang aku sering tanya kepada sesiapa pun, "Islam yang bagaimana yang anda tawarkan?". Aku tidaklah sebaik mana, mahu dari segi akhlak dan juga minda/akal. Sesiapa yang kenal aku sebelum ini tentu tahu bagaimana teruknya dosa-dosa aku.Tetapi aku juga hamba tuhan yang mahu mengerti apa erti kehidupan ini dan bagaimana perjalanan ini harus berjalan.
Aku sering bertanya kepada tuhan, apakah yang ia mahukan dari aku?Dari seorang yg jiwa dan akhlaknya yang lemah ini.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home