Sunday, December 28, 2008

28/12/2008

Aku tersangatlah bengang kepada seseorang di saat aku menulis entri ini.Jadi maaflah jika intonasi aku agak kasar.

Baik,aku bagi contoh peristiwa beberapa minggu yang lalu yang sebenarnya tiada kaitan pun dengan yang ini..

Aku menghadiri program khidmat masyarakat 2 atau 3 minggu yang sudah,di dalamnya terselit program anak angkat bagi penduduk setempat untuk peserta sekolah menengah yang terpilih dari seluruh negeri. Malam terakhir usai Solat Isyak sementara menunggu program selanjutnya aku mencuri masa berbual-bual dengan adik-adik ini. Aku memang suka bertanya tentang impian setiap orang kerana kita boleh melihat potensi dan juga karektor seseorang itu. Melalui pemerhatian aku masih ramai lagi adik-adik yang tidak mempunyai hala tuju dan matlamat yang jelas. Aku seringkali mengingatkan manusia disekeliling aku tiada salahnya mempunyai cita-cita sendiri walaupun pencuci atau tukang kebun( aku tidak menggunakan perkataan "sekadar"), kerana pada akhirnya adakah cita-cita yang kita gapai itu membuatkan nilai-nilai kita sebagai manusia bertambah atau tidak.

Setiap selasa aku akan bermain bola keranjang dengan rakan-rakan pejabat dan juga rakan-rakan sekitar tempat aku tinggal, semuanya berbangsa cina dan filipina. Semuanya berpangkat eksekutif dan hanya ada seorang yang hanya kerja biasa-biasa kerana berkelulusan spm tetapi masih terlibat di dalam industri sebagai kontraktor. Di dalam semua-semuanya itu,hanya aku dan dia yang paling muda. Aku suka berbual dengan dia kerana dia jujur dalam berbicara termasuk politik,ekonomi dan pelbagai lagi.Dia tidak merokok, minum, berjudi, clubbing dan tidak memangkah BN. Dalam soal hidup dan masa depan dia berterus terang yang dia memang tidak minat belajar, habis spm dia cuba untuk belajar di tahap stpm tetapi oleh kerana tiada minat dia terus berhenti dan terus bekerja.Apa matlamat hidup dia? Dia tidak terhegeh-hegeh untuk ke Kuala Lumpur seperti kebanyakkan kita, tetapi mengejar impian dengan tahap yang paling realistik. Betul,mimpi dan impian itu biarlah setinggi langit, tetapi alangkah cantik jika impian yang tinggi itu sangat jelas. Jangan hanya sekadar tinggi di langit tetapi kabur dan tidak tahu di mana titik tujuannya.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home