Friday, February 06, 2009

06/02/2009

Bangkit-bangkit sahaja dari demam selsema aku terkejut( dikejutkan) dengan kekecohan pentadbiran Negeri Perak. Baru sahaja aku mengirimkan wang bahagian untuk ibu mengadakan kenduri bacaan Yasin aktiviti PAS ditempat aku. Aku sebenarnya dari dahulu lagi tidak menyokong sebarang usaha lompat parti meski ia halal tetapi pada aku tiada nilai integriti. Pemimpin wajib ada nilai-nilai yang baik dan sepatutnya terbaik dikalangan rakyat. Jika BN dipilih rakyat maka biarlah BN yang memerintah, jadilah pembangkang yang kuat dan berkesan. Fokuslah kepada pembangunan insan dan material di negeri-negeri yang dimenangi. Aku yakin banyak lagi kerja yang belum diselesaikan selain dari memikirkan rancangan untuk topple kerajaan 16 sept, cuba berpikir diluar kotak dan InsyaAllah kerajaan yang baik akan dapat ditunjukkan.

Rakyat akan mempersoalkan "adakah ini Islam yang dicanang-canangkan oleh PAS" dan slogan "Islam itu rahmat seluruh alam" juga " Islam sebagai penyelesaian masalah ummah" akan dipersoalkan. Slogan akan tetap menjadi slogan, Islam dihidupkan oleh ummat yang mahu beramal dan berfikir. Kerangka kerja Islam harus digerakkan berdasarkan daya fikir tinggi, semangat juang oleh gerakkan yang tersusun.

Dan semua ini hanya dapat dijalankan apabila semua pemimpin dan juga rakyat mempunyai fikrah yang betul.Betulkan fikrah masyarakat, disamping itu jana idea fikir bagaimana untuk memakmurkan bumi tuhan ini.

Dia menciptakan kamu dari bumi dan menjadikan kamu pemakmurnya( Hud: 61)

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

hi can we exchnage our banner,if u done have banner i still can post yur link,please let me know after it done.my blog about my addicted making wire jewelry.thank

12:50 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home